18 Mei 2011

Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis

Laporan jam 09.50 malam, Palestin/Mekah
Jam 08.50 malam, Mesir

BAITULMAQDIS - Siaran televisyen rancangan 10 Israel mendedahkan malam ini bahawa sebuah Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Majlis Perbandaran BaitulMaqdis akan mengemukakan rancangan pembinaan perumahan yang baru pada hari esok, Khamis. Rancangan tersebut melibatkan 1500 buah unit perumahan baru zionis di bandar BaitulMaqdis.

Jelas rancangan 10 lagi, perumahan-perumahan baru itu akan didirikan di penempatan haram Pisgat Ze'ev(gambar atas) dan Har Homa di timur bandar BaitulMaqdis.

Ketetapan rancangan ini sehari sebelum pertemuan yang dijadualkan berlangsung di White House antara Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada 20 Mei 2011. Sumber 18/05/2011, web berita safa.ps

Rempuh Masjid Ibnu Qudamah, tahan 2 pemuda

Laporan jam 03.33 petang, Palestin/Mekah
Jam 02.33 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Sepasukan pihak keselamatan rejim zionis telah menutup Masjid Ibnu Qudamah yang terletak di jalan Ikhwan As-Safa, Hayyu Wadi El-Jouz di BaitulMaqdis. Ketika rempuhan ke masjid tersebut, dua pemuda Palestin turut ditahan.

Pihak keselamatan zionis yang diiringi anggota perisikan zionis merempuh ke masjid dengan memecahkan pintu luar malah beberapa peralatan masjid seperti pembesar suara dan papan tanda dirampas. Selepas rempuhan, keselamatan zionis menahan dua pemuda, Amjad As-shami dan Hamzah Muswaddah yang berada di situ. Masjid Ibnu Qudamah ditutup selepas operasi rempuhan.

Berhubung arahan menutup masjid yang digantungkan di pintu bahawa sebelum ini, masjid tersebut bekas pejabat gerakan HAMAS yang telah diarahkan tutup oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri rejim zionis. Sumber 18/05/2011, web berita Palestine 1948

Karikatur: Musim pulang

Sumber karikatur, Al-Jazeerah

Nakbah tahun ke-63, musim kepulangan pelarian Palestin ke tanah-tanah yang dijajah rejim zionis..