07 Jun 2011

Penduduk Palestin sesak nafas menentang tembok pemisah

Laporan jam 02.13 petang, Palestin/Mekah
Jam 01.13 petang, Mesir

TULKARM - Selepas tengahari tadi, sebuah pertempuran meletus antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim penjajah di pintu gerbang tentera yang berada setentang tembok pemisah di kampung Nuzlah Isa, utara bandar Tulkarm, Tebing Barat.

Sumber tempatan berkata, sebaik sahaja penduduk Palestin menghampiri pintu gerbang tembok pemisah, tentera rejim penjajah terus melepaskan tembakan gas pemedih mata dan memberi amaran kepada penduduk Palestin supaya berundur. Berikutan itu, puluhan penduduk Palestin tercedera akibat tembakan gas pemedih mata.

Sumber menyatakan, penduduk Palestin dalam bilangan ratusan mengadakan perarakan bagi menyertai kempen masyarakat menentang tembok pemisah di kawasan tanah yang dirampas. Begitu juga, sempena memperingati Naksah 1967 di utara Tulkarm, perarakan tersebut bermula dari pertengahan daerah menuju ke pintu gerbang tentera.

Sebaik sahaja perarakan penduduk Palestin tiba di pintu gerbang tentera, lalu dihujani tembakan gas pemedih mata. Lantas, pemuda-pemuda Palestin bertindak balas dengan melontar batu. Sumber 07/06/2011, web berita Safa.ps

Pejuang sekat unit khas tentera zionis

Laporan jam 12.31 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.31 malam(06/06/11), waktu Mesir

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH sayap tentera kepada BARISAN DEMOKRASI PEMBEBASAN PALESTIN, telah mengumumkan bahawa unit pejuangnya telah menyekat kemaraan sebuah unit khas tentera rejim zionis yang cuba menceroboh di timur El-Buraij, Gaza Tengah(pertengahan Semenanjung Gaza).

Kenyataan pejuang AL-MUQAWAMAH yang diterima agensi berita Safa menyebut, pejuang Palestin kumpulan ini telah melepaskan dua serangan peluru mortar ke atas unit khas tentera zionis yang menceroboh timur El-Buraij pada jam 09.40 malam tadi(06/06/2011), waktu Palestin.

Sayap tentera itu menyatakan bahawa 'penentangan'(المقاومة) adalah jalannya bagi menuntut kembali hak-hak tanahair, sepertimana janji kepada masyarakat Palestin bagi meneruskan gagasan dan menggiatkan penentangan ke atas tentera rejim penjajah sehinggalah mereka keluar dari Palestin. Sumber 07/06/2011, web berita Safa.ps