10 Jun 2011

Penjajah serang jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa

Laporan jam 01:54 petang, Palestin/Mekah
Jam 12:54 petang, Mesir

Yayasan Waqaf dan Turath Al-Aqsa dalam kenyataannya hari ini selepas solat Jumaat, katanya, tentera rejim penjajah telah menyerang jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa dengan sound-bomb. Sedemikian itu, beberapa detik selepas selesai solat Jumaat, unit khas tentera penjajah merempuh ke masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu al-magharibah.

Ketika laporan ini dicatatkan, pertempuran kecil meletus antara para jemaah Palestin dengan tentera penjajah, manakala dari kalangan jemaah yang berusia cuba mengawal keadaan bagi menjaga kehormatan Masjid Al-Aqsa dan jemaah yang berada dalam masjid.

Berhubung kejadian ini, Yayaysan Waqaf mengutuk keras serangan jenayah ini ke atas Masjid Al-Aqsa dan para jemaahnya. Berikutan itu, penjajah seringkali menyasarkan dengan apa jua perantaraan terhadap Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Tentera penjajah berundur

Menurut Yayasan Waqaf, tidak lama dari rempuhan ini, tentera penjajah berundur dari belakang Masjid Al-Aqsa setelah melepaskan tembakan sound-bomb ke atas para jemaah. Jelas sumber, tiada kecederaan berlaku tetapi adanya khabar yang menyebut bahawa seorang jemaah telah ditangkap tentera penjajah.

Pada waktu ini, Masjid Al-Aqsa diselubungi keadaan tenang dan berjaga-jaga. Sumber 10/06/2011, web berita Palestine 1948 dan berita Al-Jazeerah

SARAYA AL-QUDS tangkap seorang ejen yang membunuh 16 pejuang Palestin

Laporan jam 02:57 petang, Palestin/Mekah
Jam 01:57 petang, Mesir

GAZA - Unit keselamatan kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) telah mendedahkan hari ini bahawa pihaknya telah berjaya menangkap seorang ejen besar dan yang paling merbahaya terjebak dalam pembunuhan 16 pejuang Palestin, kebanyakannya pejuang dari selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza).

Gambar(Safa): Seorang dari pejuang SARAYA AL-QUDS.

Kenyataan SARAYA AL-QUDS yang disebarkan melalui web 'الإعلام الحربي' milik kumpulan pejuangnya, kata SARAYA, "setelahmana intipan secara terperinci mengambil masa beberapa bulan, ejen tersebut berjaya ditangkap."

Setelah ejen itu disiasat bahagian siasatan SARAYA AL-QUDS, jelas membuktikan ejen berkenaan terlibat dalam pembunuhan ke atas pejuang dari SARAYA AL-QUDS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) dan KATAIB SYAHID AHMAD ABU RISH.

SARAYA AL-QUDS menjelaskan bahawa pihaknya telah menyerahkan ejen yang ditangkap berserta dokumen keselamatannya kepada kementerian Dalam Negeri, Kerajaan Palestin di Gaza untuk diadili. Tambahan lagi, unit keselamatan SARAYA AL-QUDS bekerja siang dan malam demi menjaga penduduk Palestin dari kegiatan jahat ejen-ejen ini. Unit keselamatan ini juga mempunyai hubungan khusus dengan ketua-ketua pihak keselamatan di Gaza berhubung isu-isu sebegini. Sumber 10/06/2011, web berita Safa.ps

Badie': Jatuhnya pemerintah Mesir adalah balasan dari Allah

KAHERAH - "Ketikamana Ikhwan Muslimin diselar dengan api kezaliman diktator malah dinyahkan ke dalam penjara-penjara serta disiksa teruk, pada waktu itu, Allah sedang mengintip pelaku zalim, maka selepas Ikhwan dipukul habis-habisan, tiba pula balasan Allah secara menyeluruh, sebaik sahaja penangkapan besar-besaran ke atas Ikhwan pada tahun 1954, pemerintah Mesir dilanda kekalahan perang pada tahun 1956, ditangkap lagi Ikhwan pada tahun 1965, lalu kekalahan memalukan pula menimpa pemerintah Mesir pada tahun 1967(Naksah 1967)," sambung lagi kenyataan beliau, "Ikhwan di Mesir menerima tentangan Mubarak yang telah menangkap anggota-anggota Ikhwan dan memenjarakannya serta menghakimi di mahkamah tentera, lalu Mubarak rebah teruk sebaik sahaja tibanya revolusi 25 Januari," kata Dr. Muhammad Badie', Murshidul Am, Jamaah Ikhwan Muslimin.

Dr. Muhammad Badie', Murshidul Am Jamaah Ikhwan Muslimin ke-8. Beberapa hari yang lalu, Parti Kebebasan dan Keadilan(Freedom and Justice Party) yang dipelopori Ikhwan telah diluluskan sebagai sebuah parti politik di Mesir.

Tambah beliau ketika menyampaikan mesej mingguan semalam, "tidak syak lagi, kemenangan akan datang pasti mengembalikan semula Al-Quds dan Palestin serta dataran tinggi Golan(Syria), juga tanah-tanah yang dijajah oleh Israel yang mana kemenangan ini tidak dapat digambarkan oleh fantasi luarbiasa, bahkan ia adalah harapan yang begitu sukar, namun boleh dicapai setelahmana keseluruhan masyarakat telah bangkit dan tahu mencari jalannya." Sumber 10/06/2011, suratkhabar Misril-Youm

Penjajah tangkap bekas Menteri Hal-Ehwal Tahanan

Laporan jam 02:00 pagi, Palestin/Mekah
Jam 01:00 pagi, Mesir

JENIN - Tentera rejim penjajah menangkap lagi pemimpin HAMAS. Dalam kejadian awal pagi ini, seorang pemimpin tertinggi gerakan HAMAS dan merupakan bekas Menteri HAl-Ehwal Tahanan, Wasfi Qabbaha(gambar) telah ditangkap penjajah.

Menurut pemberita agensi berita Safa, tentera rejim penjajah menyerbu masuk ke rumah bekas menteri yang terletak di bandar Jenin, utara Tebing Barat. Beliau ditangkap, kemudian di bawa pergi ke arah yang tidak di ketahui.

Berhubung kejadian, Ketua Pusat 'Ahrar' yang menjalankan kajian hal ehwal tahanan dan hak asasi manusia, Fuad Al-Khafshi berkata, penjajah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa pemimpin HAMAS itu yang menghidapi beberapa jenis penyakit.

Ketika dihubungi Safa, Al-Khafshi berkata, Qabbaha membantah keluar dari rumahnya sebelum dibenarkan membawa kesemua jenis ubat-ubat yang diambilnya ekoran penyakit yang ditanggung, khususnya kencing manis.

Seperti yang dinyatakan, penangkapan ke atas pemimpin HAMAS ini termasuk dalam misi terancang yang digerakkan oleh tentera rejim penjajah terhadap para pemimpin HAMAS dan ahli parlimennya di Tebing Barat. Sedemikian itu, penangkapan ini adalah untuk menggagalkan proses baik pulih hubungan dalaman Palestin.

Sebelum ini, Wasfi Qabbaha kerap memberikan kenyataan media berhubung peringatan dari tindakan pihak keselamatan Palestin yang menangkap para anggota dan penyokong HAMAS di Tebing Barat. Pada masa lalu, beliau telah beberapa kali meringkuk dalam penjara rejim penjajah dan tempoh terakhir tahanan yang dilalui beliau selama 3 tahun setelah dikenakan tahanan tanpa bicara(الاعتقال الإداري). Satu arahan(ketetapan) pernah dikeluarkan ke atas beliau iaitu 'dibuang daerah' dari tempat tinggalnya yang terletak di dalam kawasan rampasan tembok pemisah. Sumber 10/06/2011, web berita Safa.ps