25 Ogos 2011

2 pejuang AL-QUDS syahid

Laporan jam 06:44 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 05:44 petang, waktu Mesir
Jam 11:44 malam, waktu Malaysia

GAZA - Dua pejuang dari sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS telah syahid apabila motosikal yang ditunggangi mereka dibom pesawat pengintip semasa azan maghrib tadi. Pada waktu kejadian, motosikal berkenaan melalui di kawasan As-Sudaniah, sebelah barat laut bandar Gaza.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, dua pejuang yang syahid; Salim Khaled Al-Erabid dan 'Ala' Adnan AbulKhair, kedua-dua jasad mangsa serangan dibawa ke hospital As-Syahid Kamal Udhwan dalam keadaan rentung.

Sedemikian itu, SARAYA AL-QUDS mengumumkan bahawa kedua-dua yang syahid adalah anggotanya dari unit 'informasi perang', pada waktu itu, kedua-duanya sedang menjalankan misi rakaman gerakan pejuang di medan.

Temui 3 mayat dalam terowong

Kejadian lain yang dilaporkan, pasukan bomba dan penyelamat telah berjaya menemui 3 mayat yang syahid dari sebuah terowong bawah tanah petang tadi. Pada awal pagi tadi, terowong berkenaan yang berada di garisan sempadan antara tanah Gaza dan Mesir menjadi sasaran serangan pesawat zionis.

8 syahid, lebih 40 cedera

Tambah Al-Jazeerah, angka penduduk Gaza yang syahid dalam masa 24 jam semasa tentangan sengit zionis di Gaza meningkat kepada 8 mangsa, manakala yang tercedera melebihi 40 mangsa.

Kerajaan Palestin di Gaza berusaha untuk menenangkan keadaan, namun rejim zionis masih meningkatkan serangan. Menurut pemberita Al-Jazeerah, serangan-serangan roket dari pejuang juga tidak bermakna untuk meluaskan tentangan, akan tetapi bagi membalas tentangan dari zionis. Sumber 25/08/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Mogok aman desak bebas hampir 150 tahanan dari penjara Palestin dan penjajah

Laporan jam 04:23 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 03:23 petang, waktu Mesir
Jam 09:23 malam, waktu Malaysia

KHALIL - Puluhan dari ahli keluarga tahanan mengadakan mogok aman(demontrasi) pada tengahari tadi di pusingan Jalan Ibnu Rushd, bandar Khalil sebagai bantahan ke atas operasi penangkapan terbaru, di samping kewujudan ramai anggota keselamatan berpakaian biasa.

Mogok terbabit disertai ahli keluarga tahanan yang meringkuk dalam penjara Pihak Berkuasa Palestin Ramallah dan rejim penjajah.

Para demonstran membawa sepanduk yang mendesak supaya membebaskan ahli keluarga mereka yang ditangkap serta mengecam keras operasi yang telah dijalankan oleh Pihak Berkuasa Palestin Ramallah seiring operasi penjajah. Mereka turut mempertikaikan sewaktu tentera penjajah menjalankan operasi menangkap penduduk Palestin baru-baru ini, pasukan keselamatan Palestin tidak muncul di Khalil, selatan Tebing Barat.

Sepanduk lain yang dibawa adalah ucapan tahniah kepada penduduk Libya berikutan kejayaan revolusi yang didukung malahan meminta Pihak Berkuasa Palestin mengambil pengajaran dengan apa yang telah menimpa pemerintahan Gadafi.

Dalam ungkapan-ungkapan, para demonstran meluahkan kecaman kepada Pihak Berkuasa Palestin Ramallah kerana tidak menepati janji bagi membebaskan ahli keluarga mereka dari penjara sebelum perayaan Eidulfitri. Jelas lagi, mereka meminta Pihak Berkuasa Palestin tidak terpedaya dengan pengaruh kuasa yang ada dan kekerasan kerana ia akan runtuh sebagaimana jatuhnya pemerintah-pemerintah zalim yang lain.

Sumber menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Palestin Ramallah telah menangkap lebih 30 anggota dan penyokong HAMAS sejak minggu lepas. Sedemikian itu, operasi ini seiring dengan misi penangkapan yang dijalankan oleh rejim penjajah dalam operasi berterusan sehingga memenjarakan hampir 150 orang dari pemimpin dan penyokong gerakan HAMAS di wilayah Khalil. Sumber 25/08/2011, web berita Safa.ps

AL-QUDS mengebom 3 penempatan dan sebuah pos tentera

Laporan jam 05:20 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:20 petang, waktu Mesir
Jam 10:20 malam, waktu Malaysia

GAZA - Sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS telah mengumumkan bahawa pihaknya telah mengebom penempatan zionis; Ofakim, Magen, Nirim petang tadi.

Gambar(Safa): Roket kawalan jauh '107'.

AL-QUDS dalam kenyataan rasmi yang dilampirkan dalam web rasmi berkata, pejuang SARAYA dari unit pelancar roket telah berjaya mengebom penempatan Ofakim dengan satu serangan roket jenis 'grad', dan dua buah lagi penempatan lagi, Megan dan Nirim diserangn dengan 3 serangan roket kawalan jauh jenis '107'.

Sementara itu, AL-QUDS turut mengebom sebuah pos kawalan tentera zionis 'Erez' dengan dua peluru mortar 'hawn'.

Kenyataan tersebut menyatakan pengeboman ini adalah serang balas ke atas jenayah zionis yang membunuh komander SARAYA AL-QUDS, Ismail Al-Asmar sambil mengesahkan sayap tentera ini berpegang dengan pilihan jihad dan penentangan sehinggalah keseluruhan tanah-tanah Palestin dibebaskan. Sumber 25/08/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah