29 Ogos 2011

Kejamnya, apa salah adik-adik ini?

KEKEJAMAN dan KEBODOHAN rejim zionis ternyata benar apabila menyerang Gaza pada 18 Ogos hanya berdasarkan sangkaan hati yang busuk dan alasan yang terawang-awang dengan penipuan. Ledakan operasi Eilat pada pagi 18 Ogos, Gaza terpaksa membayar harga yang cukup tinggi setelah berhari-hari terpaksa bertahan dan menyerang balas. Walaupun pada hari pertama, Kerajaan Palestin di Gaza menafikan kaitan Gaza dengan operasi Eilat, namun rejim zionis tetap mengganas bagaikan anjing gila yang tercabul maruahnya merempuh udara Gaza, lantas mengebom sasaran-sasarannya. kebanyakan yang menjadi sasaran adalah penduduk biasa, kanak-kanak, wanita dan pemuda-pemuda serta pejuang-pejuang Palestin yang mempertahankan Gaza.

Hanya beberapa hari, jumlah syahid yang tercatat 26 orang dan yang cedera termasuk kritikal dan ringan hampir 90 orang mangsa. Apakah sekadar desak zionis hentikan serangan tanpa memberikan hukuman kepadanya?

Dua keping rakaman gambar di bawah membuktikan kekejaman zionis yang tidak boleh disangkal.

Paparan gambar pertama telah diterbitkan oleh sebuah media Palestin pada 27/08/2011 bertajuk, 'si dengung menghancurkan impian Ma'rof '.

Laporan terbabit menyebut seorang remaja berusia 15 tahun, Haitham Ma'rof terpaksa menanggung derita akibat menjadi sasaran tembakan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung'. Seperti yang dicatatkan, kejadian ini berlaku pada hari Ahad, 20/08/2011 iaitu 2 hari selepas kejadian operasi Eilat.

Seperti kebiasaan hari yang lain, Ma'rof turun ke sawah padi membantu ayahnya di daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Tanpa disangka, Ma'rof telah diserang si dengung lantas mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan yang amat kritikal. Selepas kejadian, Ma'rof ditempatkan dalam unit rawatan rapi bagi merawat kecederaan. Percikan dari letupan tembakan si dengung melemahkan tubuh Ma'rof, waktu ini, Ma'rof disokong sebahagian besar alat peralatan perubatan.

cerita detik-detik kejadian, Ahmad Ma'rof ayah kepada Haitham berkata, "saya hanya ada beberapa ekar tanah yang diusahakan mengikut musim bagi menyara kehidupan keluarga saya, maka anak-anak dan isteri yang membantu."

Jelas Ahmad, pada pagi Ahad(sebelum kejadian), isteri dan anaknya, Haitham pergi untuk melihat saliran air di sawah, namun tiba si dengung mengebom remaja berkenaan dengan satu peluru sewaktu berada di sawah.

(Haitham dirawat dalam unit rawatan rapi)

Seluruh tubuh Ma'rof diganyang serpihan peluru dan bahagian dalamannya ada yang terbakar malahan doktor-doktor yang merawatnya terpaksa membuang limpa.

Menurut doktor Kamal Abu 'Ubadah, Haitham mengalami kecederaan yang teramat kritikal ekoran terkena tembakan peluru pesawat pengintip secara langsung.

Manakala, satu lagi rakaman gambar di bawah turut melibatkan keganasan zionis ke atas kanak-kanak. Sebagaimana dicatatkan, kejadian gambar di bawah berlaku pada 19/08/2011 sewaktu pesawat zionis seperti orang gila menyerang Gaza.

Dua orang kanak-kanak Palestin ini menjadi mangsa 'serangan buta'. Apa salah mereka sehingga terpaksa membayar harga yang sedemikian rupa? Padahal, rejim zionis tiada alasan dan hujah yang begitu kukuh untuk menyerang Gaza pada waktu itu. Namun, rejim zionis hanya sekadar menerima kutukan dan kecaman keras tanpa ada tindakan bagi menghukum keganasannya.

Operasi penjajah geledah dan tangkap di Jenin

Laporan jam 09:58 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 08:58 pagi, waktu Mesir
Jam 02:58 petang, waktu Malaysia

JENIN - Tentera rejim penjajah(Israel Defense Forces) melancarkan operasi penggeledahan dan penangkapan awal pagi tadi di beberapa kawasan perumahan bandar Jenin, utara Tebing Barat.

Menurut saksi kejadian, tentera rejim menangkap dua pemuda, 'Ala addin Fathi Jaser, 34 dan Mu'an Nadir Abu 'Abid, 24 setelahmana tentera rejim menyerbu rumah mereka di Hayyu As-Sharqi dan Hayyu Al-Musawarah di Kota Lama.

Safa melaporkan, penduduk-penduduk Palestin menyatakan tentera rejim menyerbu masuk ke rumah-rumah Palestin secara menggila babi dan lagak histeria, di samping melepaskan tembakan dan bom gas ke dalam rumah-rumah Palestin. Berikutan kejadian, tuan-tuan rumah yang berkenaan mengalami sesak nafas.

Kejadian yang sama, tentera rejim merempuh masuk ke Pasar Besar Al-Khaddhar 'Al-Hasbah' di pertengahan bandar Jenin pada awal pagi tadi. Jelas lagi, tentera rejim turut membelasah dan memukul penduduk-penduduk Palestin dan juga melepaskan tembakan bom gas pemedih mata, lantas mengakibatkan 8 orang Palestin sesak nafas. Sumber 29/08/2011, web berita Safa.ps