01 September 2011

Mufti Mesir: Israel dalang disebalik berita ketidakmunculan anak bulan Syawal

Laporan jam 01:57 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 12:57 petang, waktu Mesir
Jam 06:57 petang, waktu Malaysia

KAHERAH - Dr. Ali Jum’ah, Mufti Republik Arab Mesir menegaskan kepada sidang berita bahawa Israel merupakan dalang di sebalik penyebaran berita ketidakbenaran kemunculan anak bulan Syawal.

Kata beliau kepada web berita 'Al-Wafdu' hari ini, “kebanyakan umat Islam seluruh dunia telah bersepakat untuk menyambut perayaan hari Raya adilfitri bersama-sama."

Tambah beliau, 9 badan di Jabatan Mufti telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk mengkaji berkenaan kemunculan anak bulan Syawal pada petang Isnin yang lepas di setiap tempat yang berbeza iaitu di Tosyki, Suhaj, Sittah Oktober, Qitamiah, Katameya Hilwan, Laut Merah, dan Marsa Matruh. Keseluruhannya menetapkan bahawa anak bulan kelihatan dengan jelas di setiap kawasan di Tosyki dan Suhaj.

Jelas lagi, jawatankuasa ini terdiri daripada 11 pakar khusus dalam bidang astronomi dan sains perundangan. Berikutan itu, penyebaran berita oleh Israel tentang dakwaan buruk mereka terhadap apa yang dilihat adalah bulan Zuhal bukan anak bulan Syawal dilakukan adalah bertujuan untuk menyemai bibit perpecahan sesama umat Islam setelahmana munculnya titik pertemuan pada tanda-tanda yang menunjukkan kemunculan anak bulan. Sumber 01/09/2011, web berita Safa.ps