25 September 2011

Culik kanak-kanak Palestin cetus pertempuran

Laporan jam 05:03 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 04:03 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 04:03 petang, waktu Palestin(Mesir)

BAITULMAQDIS - Satu pertempuran meletus pada waktu petang tadi berdekatan Khemah Al-Bustan dan Hayyu Batin Al-Hawa di daerah Silwan, bandar BaitulMaqdis.

Berhubung kejadian, pemberita agensi berita Safa menjelaskan bahawa pertempuran yang meletus antara puluhan pemuda BaitulMaqdis(penduduk asal Palestin di Al-Quds) dengan tentera penjajah ekoran seorang kanak-kanak Palestin berusia 6 tahun diculik tentera penjajah berdekatan dengan Khemah Al-Bustan.

Pemuda-pemuda Palestin bertindak melontar batu dan botol kaca kosong, sementara tentera penjajah melepaskan tembakan peluru getah ke arah mereka. Sehingga laporan ini diterbitkan, sumber menyebut pertempuran tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Mutakhir ini, penculikan yang sengaja dilakukan oleh tentera rejim penjajah ke atas kanak-kanak Palestin di BaitulMaqdis semakin menjadi-jadi. Sedemikian itu, tentera penjajah mendakwa kanak-kanak terbabit terlibat dalam akviti tempur serta melontar batu ke arah warga-warga zionis. Sumber 25/09/2011, web berita Safa.ps

Pertempuran berasingan dengan tentera penjajah di Bayt Awwa

Laporan jam 04:45 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 03:45 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 03:45 petang, waktu Mesir

KHALIL - Dua pertempuran berasingan telah tercetus antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim penjajah(Israel) di persimpangan Bayt Awwa yang terletak di barat daya Khalil, selatan Tebing Barat.

Menurut saksi dari lokasi kejadian berkata, tentera penjajah melepaskan tembakan bom gas dan sound-bomb ke arah pemuda-pemuda Palestin. Sedemikian itu, pemuda-pemuda Palestin membalas dengan lontaran batu.

Kejadian lain yang berlaku di tenggara bandar Dura, tentera penjajah menyasarkan beberapa buah rumah penduduk Palestin dengan bom gas. Malahan, tentera penjajah turut bertindak menutup pintu masuk di jalan utama ke kampung Ar-Reif.

Sebagaimana dinyatakan, lokasi pertempuran dengan tentera penjajah hampir dengan kawasan penempatan zionis 'Negohot' dan lubuk penempatan 'Gif'at Bustan'. Berhubung kejadian, didapati tentera penjajah meningkatkan kerahan pasukan tentera di sekeliling kawasan penempatan dengan alasan memberi perlindungan kepada warga Yahudi. Sumber 25/09/2011, web berita Safa.ps