09 Oktober 2011

Sebuah rumah dibom, zionis hala tembakan ke arah nelayan

Laporan jam 05:44 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 05:44 petang, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Pesawat pengintip zionis tanpa pemandu atau digelar oleh penduduk Palestin dengan nama 'si dengung' telah mengebom sebuah rumah tanpa penghuni dengan satu serangan peluru. Kejadian tersebut menimpa sebuah rumah di daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza pada petang tadi.

Menuru pemberita Safa, pengeboman itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan di kalangan penduduk awam.

Kejadian lain yang berlaku pada pagi tadi, bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan tembakan dari senjata berat ke arah bot-bot nelayan Palestin di persisiran pantai Gaza tanpa melibatkan berlaku kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda. Sumber 09/10/2011, web berita Safa.ps

Warga zionis mengasari pengutip zaitun

NABLUS - Satu pertempuran tercetus tengahari tadi antara pengutip zaitun(penduduk Palestin) dengan warga zionis yang mahu merompak hasil tuai zaitun malahan bertindak mengasari pengutip zaitun.

Berhubung kejadian, Ketua Majlis Jawatankuasa kampung Awwarta, Fayes Awwad menjelaskan kepada agensi berita Safa bahawa sebilangan dari kalangan warga zionis yang mendiami penempatan zionis 'Itamar' menyerang pengutip-pengutip buah zaitun di kampung Awwarta.

Kata beliau lagi, walaupun penduduk Palestin di kampung berkenaan bekerja berkumpulan mengutip zaitun dan secara berdekatan bagi menghadapi tentangan warga zionis, warga zionis tetap juga dapat mencuri tangga yang digunakan mengutip zaitun serta membawa lari.

Menurut saksi, pertempuran tercetus di penjuru timur kampung setelahmana warga-warga zionis dari penempatan Itamar mahu mencuri buah zaitun yang telah dikutip.

Saksi kejadian berkata, penduduk Palestin di kampung terbabit menghadang serangan warga zionis dengan melontar batu, lantas tentera penjajah yang dikerahkan menjalankan misi pengosongan kawasan berkenaan dari para peladang Palestin bertindak campur tangan.

Para penduduk kampung membantah dari meninggalkan tanah-tanah pertanian mereka kerana bimbang warga zionis akan mencuri lagi hasil tuaian mereka.

Akhir-akhir ini, keadaan bertambah tegang di kampung-kampung Palestin di Tebing Barat ekoran seringkali diancam warga zionis. Sumber 09/10/2011, web berita Safa.ps

Penjajah tangkap 4 Palestin di Nablus

Laporan jam 09:05 pagi, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 08:05 pagi, waktu Mesir

NABLUS - Tentera rejim penjajah menangkap 4 pemuda Palestin awal pagi ini setelahmana merempuh masuk ke rumah-rumah mereka di kampung Beita, selatan Nablus, Tebing Barat.

Sumber tempatan di kampung terbabit berkata, 'tentera penjajah rempuh masuk ke kampung pada jam 01:00 pagi, kemudian, mereka menggeledah beberapa buah rumah di seksyen Al-Fauqa dan seksyen timur', tambah lagi dari sumber, 'sebelum tentera penjajah beredar, seramai 4 pemuda telah ditangkap'.

Maan memperincikan nama pemuda-pemuda yang ditangkap penjajah, Islam Faiz Labib, 22, Sameer Husain Harb Humayel, 30 dan saudaranya Zaheran Humayel, 18 serta seorang lagi pemuda, Abtadah Abdul Muniem Duweikat berusia 22 tahun. Sumber 09/10/2011, web berita Maannews.net