13 Oktober 2011

Banyak pihak mahu gugurkan dokumen ini - Abu Ubaidah

Laporan jam 10:25 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:25 malam, waktu Mesir

GAZA - Jurucakap KATAIB SYAHID IZZUDDUN AL-QASSAM, Abu Ubaidah(gambar kanan) berkata, banyak pihak cuba menggugurkan dokumen(perjanjian) penukaran tahanan-tawanan dengan rejim zionis serta memeras ugut pejuang Palestin. Tambahan lagi, sepanjang tahun-tahun yang lalu, penjajah(rejim zionis) menggunakan perantaraan ruang diplomasi antarabangsa sebagai usaha menggagalkan perjanjian ini.

Ketika wawancara khas dengan Siaran Satelit Al-Aqsa, Abu Ubaidah menjelaskan bahawa penjajah kerap kali pada tahun-tahun yang lalu berusaha menggagalkan perjanjian ini, lebih-lebih lagi masalah tahanan Palestin yang dikenakan tahanan tempoh yang lama(25 tahun), hukuman berat dan dikalangan pejuang-pejuang yang ditahan, kesemua ini adalah penghalang yang cukup besar dihadapi perunding Palestin.

Beliau menyatakan bahawa pejuang-pejuang Palestin telah memperolehi 95% dari tuntutannya dalam perjanjian penukaran. Kata jurucakap sayap tentera HAMAS itu, "pada tahun-tahun yang lalu, kami bukan sahaja berunding demi mendapatkan kasih belas, bahkan seolah-olah demi membiarkan hak-hak kami dirampas."

Abu Ubaidah membuat perhitungan bahawa jadual perlaksanaan bagi peringkat pertama perjanjian ini pada pertengahan minggu hadapan, jelas lagi Mesir telah memainkan peranannya secara jujur ketika rundingan berjalan, dan ia menjadi salah satu sebab utama yang menjayakan rundingan.

Beliau menyatakan perjanjian penukaran meliputi kesemua pihak Palestin dari kumpulan dan gerakan yang berbagai-bagai.

"Para tahanan bagi kesemua kumpulan adalah simbol kepada masyarakat Palestin, kami memberi layanan(berurus) sama rata dengan semua Palestin yang berada dalam tahanan iaitu mereka yang ditahan semata-mata bangkit menentang dan mempertahankan tanah-tanah, malah kami tidak melihat ia dari mana-mana kumpulan dan gerakan," ujar Abu Ubaidah.

Beliau menerangkan bahawa perjanjian yang tercapai turut berjalan seiring tuntutan para tahanan Palestin yang mengharungi hari-hari mereka dengan mogok lapar, ianya adalah desakan agar kes penahanan berasingan(seorang diri) dapat diselesaikan dan juga usaha meminta dikembalikan semula hak-hak istimewa yang telah dirampas pada tahun-tahun lepas.

Gambar(alqassam): Tema pembebasan dari perjanjian penukaran tahanan-tawanan yang dilancarkan oleh KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, 'wafail ahrar'.

Harapan dari Abu Ubaidah, perjanjian ini adalah berupa pendahuluan mengembalikan kesatuan dan mengukuhkan ikatan dalaman buat masyarakat Palestin.

Semasa wawancara, Abu Ubaidah selaku jurucakap AL-QASSAM berjanji, perjanjian ini tidak akan menjadi pusingan akhir bagi usaha pejuang membebaskan para tahanan.

Kata beliau, "Kami telah berjanji kepada saudara kami Palestin yang berada di sebalik jeriji kurungan bahawa perjanjian penukaran ini adalah permulaan, dan kami akan berusaha membebaskan kesemua saudara kami dari penjara-penjara musuh..dengan izin Allah Ta'ala." Sumber 13/10/2011, web berita Safa.ps
_______________________________________________

Klip berita
Abu Ubaidah: Perjanjian penukaran tahanan-tawanan
antara HAMAS dengan rejim zionis tercapai




Sumber youtube.com

Klip berita
Tercapainya perjanjian penukaran tahanan-tawanan




Sumber youtube.com
_______________________________________________

Klip tayangan
Misi penculikan tentera zionis
'Al-Wahmu Al-Mutabaddid'




Sumber youtube.com

Turki tuntut tangkap 174 orang warga Israel

ANKARA - Siaran televisyen Turki(Cable News Network - CNN Turki) melaporkan bahawa Pendakwa Raya Turki menuntut supaya 174 orang warga Israel ditangkap ekoran terjebak dalam serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang mengorbankan 9 orang rakyat Turki ketika membawa misi bantuan ke Semenanjung Gaza pada tahun lepas.

Sumber dari siaran tersebut yang melaporkan dalam laman web beritanya, berkata, Pendakwa Raya Istanbul, Muhammad A’kif Akinci telah mengutuskan surat kepada Kementerian Keadilan, menuntut supaya memberkas mereka-mereka yang melaksanakan misi serangan, termasuk pihak yang mengeluarkan arahan.

Berikutan serangan ke atas kapal Mavi Marmara salah sebuah dari kapal armada pembebasan ke Gaza pada Mei tahun lalu, hubungan baik yang terjalin di antara Israel dengan Turki selama ini telah terjejas teruk.

Pada waktu lalu, Turki berkata bahawa pihaknya akan membicarakan mana-mana warga Israel yang bertanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukan dalam serangan Mavi Marmara pada bulan Mei, tahun 2010.

Turki mengancam sedemikian setelah sebuah laporan yang dikeluarkan oleh PBB(UN) mengatakan sekatan laut yang dikenakan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah mengikut undang-undang, bagaimanapun laporan terbabit juga berkata Israel menggunakan kekerasan yang melampau sewaktu menyerang. Keputusan dari laporan yang dikeluarkan oleh Turki dan Israel berhubung serangan berdarah Mavi Marmara juga berbeza dari laporan yang diterbitkan sebuah jawatankuasa PBB, dikenali laporan Palmer.

Berhubung penyerang Mavi Marmara, Israel tidak mendedahkan nama-nama tenteranya yang terlibat dalam serangan. Sebelum ini, Turki pernah mengutuskan seorang dari Pendakwa Raya Turki ke Israel untuk meminta nama-nama tentera zionis yang terlibat dalam serangan, namun permintaan tersebut tidak terjawab. Sumber 13/10/2011, web berita Safa.ps

Meshaal bincang perjanjian tukar tahanan-tawanan dengan Ketua Perisikan Mesir

Ketua Biro Politik Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية), Khalid Meshaal telah bertemu dengan Ketua Perisikan Mesir, Murad Mawafi di Kaherah.

Menukil dari web berita rasmi HAMAS, Meshaal berbincang dengan Ketua Perisikan Mesir hari ini(13/10) berhubung perlaksanaan hasil perjanjian(dokumen) penukaran tahanan-tawanan yang disepakati antara gerakan HAMAS dengan pihak rejim zionis pada hari Selasa lepas

Gambar(arkib Safa): Khaled Meshaal, kiri dan Murad Mawafi di sebelah kanan.

Pada malam Selasa, Meshaal mengumumkan perincian dari perjanjian penukaran tahanan-tawanan yang tercapai dalam satu rundingan yang disifatkan 'tegang' melalui perantaraan Mesir dan Jerman melibatkan 1,027 tahanan Palestin(lelaki dan wanita) dengan seorang tentera zionis, Gilad Shalit yang berada dalam tawanan pejuang Palestin.

Dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen, kata Meshaal, "perjanjian penukaran ini akan terlaksana melalui dua peringkat, yang pertama merangkumi pembebasan 450 tahanan dalam masa seminggu sehinggalah peringkat kedua dilaksanakan, dua bulan selepas itu, seramai 550 orang pula tahanan dibebaskan."

Beliau menyatakan perjanjian penukaran ini melibatkan kesemua tahanan Palestin dari kalangan wanita, bilangannya 27 orang yang mana tidak seorang pun tertinggal dalam penjara-penjara penjajah. Peringkat pertama dari perjanjian terbabit turut merangkumi 315 orang tahanan Palestin yang dikenakan hukuman penjara bagi tempoh yang lama(menurut Palestin, hukuman tersebut selama 25 tahun dalam penjara), menurut Meshaal. Sumber 13/10/2011, web berita Hamasinfo
__________________________________________________

Ucapan Khaled Meshaal mengenai perjanjian
penukaran tahanan-tawanan pada hari Selasa lalu.