17 Disember 2011

Penjajah tangkap dua remaja Palestin

Laporan jam 08:29 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 08:29 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Tentera penjajah(Israel Defense Forces) telah menangkap dua remaja yang merupakan penduduk asal BaitulMaqdis dari Hayyu Silwan yang terletak di dalam daerah Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa. Kejadian ini berlaku pada malam Jumaat, 16/12/2011.

Saksi kejadian menyatakan bahawa kedua-dua remaja, Muhammad Adnan Al-Kirki, 17 dan Zaid Ayub Fatihah, 17 ditangkap tentera penjajah setelahmana sekumpulan warga Yahudi memukul Al-Kirki dan Fatihah sewaktu mandi di dalam sebuah kolam di Ain Silwan.

Jelas saksi kepadap pemberita SAFA, selepas kejadian, sepasukan tentera penjajah yang disokong pihak polis tiba di tempat kejadian serta menangkap Al-kirki dan Fatihah selepas warga Yahudi membuat aduan melalui telefon.

Sebelum Al-Kirki dan Fatihah ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui, tentera penjajah pula memukul kedua-duanya dan beberapa ahli keluarga Al-Kirki dengan melampau. Sumber 17/12/2011, web berita Safa.ps dan Paltimes.net

Syahid dalam pengeboman meriam zionis

Laporan jam 12:07 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 12:07 pagi, waktu Mesir

GAZA - Seorang penduduk Palestin, Majid Mahmud An-Nabahain, 35 telah syahid(maut) awal pagi ini dalam satu serangan zionis. Berhubung kejadian, kereta kebal zionis melepaskan meriam ke kawasan pertanian di Mukhayyam El-Bureij, Gaza Tengah pada waktu awal pagi. Seiring peluru meriam, rejim zionis juga menghujani tembakan mesingan.

Sumber tempatan berkata, Majid yang menjadi mangsa tembakan zionis dibawa ke hospital Shuhada' Al-Aqsa di Der Al-Balah akibat mengalami kecederaan yang parah. Tidak lama selepas itu, mangsa diumumkan syahid.

Jelas sumber, sebelum kejadian, mangsa berada di suatu lokasi berhampiran rumahnya yang terletak di sebelah timur Mukhayyam El-Bureij, kemudian mangsa terkena tembakan diikuti peluru meriam yang ditembak ke lokasi berkenaan.

Pada awal ketika dibawa ke hospital dan setelah diumumkan syahid, pihak perubatan tidak dapat mengenal pasti sama ada mangsa syahid akibat tembakan zionis kerana hanya bahagian muka sahaja berlumuran darah.

Penjelasan semula dari pihak perubatan di hospital Shuhada' Al-Aqsa menyebutkan bahawa mangsa yang syahid akibat letupan kuat dan mencederakan bahagian dalaman. Sumber 17/12/2011, web berita Safa.ps, web berita Maannews.net, web berita Paltimes.net berita AL-JAZEERAH