22 Disember 2011

[Gambar] Zionis mempamerkan logistik perang udara

Paparan gambar-gambar di bawah dinukilkan dari sebuah web berita Palestin, PALTIMES yang menampilkan sebahagian jentera perang udara zionis. Antaranya, pesawat pengintip tanpa pemandu/juruterbang yang dibekalkan sistem persenjataan dan sebuah helikopter perang, Apache. Sebagaimana disebutkan, jentera perang udara ini ditempatkan di sebuah pengkalan tentera udara zionis, Tel Nof, pertengahan tanah jajahan. Bagi penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, pesawat pengintip zionis ini digelar 'si dengung' kerana sewaktu berterbangan di udara, bunyi dengung pesawat ini jelas dapat didengari. Biarpun begitu, pesawat ini juga merupakan salah sebuah pesawat pembunuh penduduk Palestin di Gaza.

Kedudukan pengkalan tentera udara zionis, Tel Nof













Zionis ceroboh tembak bertubi-tubi di timur Khan Younis

Laporan jam 03:37 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 03:37 pagi, waktu Mesir
Jam 09:37 pagi, waktu Malaysia

KHAN YOUNIS - Sepasukan tentera rejim zionis telah menceroboh awal pagi ini di beberapa kawasan berlainan yang terletak di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sewaktu menceroboh, rejim zionis turut melepaskan tembakan bertubi-tubi.

Penyampai berita SAFA berkata, sepasukan tentera rejim zionis menceroboh di sebelah timur kawasan Khuza'ah, dan turut menceroboh di sebelah arah timur Hayyu El-Farahain. Jarak yang diceroboh rejim zionis sejauh 300 meter ke dalam tanah Gaza.

Tambahan pula, kata penyampai berita SAFA, tentera rejim zionis turut melepaskan bertubi-tubi di kawasan yang diceroboh. Hasil liputan yang dibuat, sebanyak tujuh buah kereta kebal dan tujuh buah jentolak tentera zionis yang melakukan pencerobohan itu.

Jelas lagi, pencerobohan rejim zionis awal pagi ini turut diiringi pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang yang kelihatan berterbangan pada paras rendah di ruang udara. Sumber 22/12/2011, web berita Safa.ps