23 Februari 2012

Serangan kedua roket grad ALWIYAH ke Urim

Laporan jam 11:39 malam, waktu Palestin
Jam 11:39 malam, waktu Mesir


GAZA - Sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pejuangnya mengebom kali kedua lokasi Urim yang terletak dalam jajahan 1948 dengan satu serangan roket.

Lokasi sasaran roket grad, Urim dalam bulatan merah.

Berhubung misinya, 'لبيك يا أقصى', menukil laporan ketenteraan ALWIYAH, alhamdulillah..sebuah unit serangan roket pejuang ALWIYAH berupaya mengebom kali kedua lokasi Urim dalam jajahan 1948 dengan satu serangan roket grad pada jam 11:10 malam, 23/02/2012.


Sebelum itu, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pejuangnya mengebom buat kali pertama lokasi Urim dengan roket grad pada jam 10:30 malam, Khamis, 23/02/2012.

ALWIYAH menyebut pejuangnya berupaya melaksanakan misi tersebut meskipun pesawat-pesawat tempur zionis kerap meninjau di ruang udara. Pejuang-pejuang terbabit dapat kembali dengan selamat sambil diawasi Ar-Rahman ke pengkalan operasi.

Jelas ALWIYAH, operasi serangan roket ini adalah serangan balas berikutan jenayah yang dilakukan zionis ke atas Masjid Al-Aqsa malah kerap kali warga-warga haram merempuh masuk ke sana. Serangan ini juga sebagai mesej kepada zionis bahawa pejuang-pejuang tidak berpeluk tubuh ekoran jenayah-jenayah zionis terhadap kesucian Islam, terutamanya Masjid Al-Aqsa.

Kata ALWIYAH, pejuang-pejuang ini sentiasa berada di barisan hadapan bagi melindungi tanah-tanah suci serta menghadang dan membalas sebarang ancaman mahupun tentangan zionis. Maka, ingin kami mengesahkan keimanan kami berpegang kuat dengan jalan jihad dan penentangan, inilah satu-satunya cara(jalan) bagi membebaskan keseluruhan tanah kami Palestin yang dirompak.

Radio zionis akui serangan roket

Memetik laporan SAMANEWS, radio rasmi Israel versi hebrew berkata, satu serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah gugur di kawasan Majlis Penempatan She'er Hanegev, barat Naqab malam ini(Khamis).

Berhubung serangan roket, sumber dari WALANEWS Israel menyebut serangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan di kawasan berkenaan. Sumber 23/02/2012, web berita Qaweim.com dan Samanews.com

Isteri dan anak serta tahanan yang terbebas ditangkap penjajah

Laporan jam 12:44 pagi, waktu Palestin
Jam 12:44 pagi, waktu Mesir

TULKARM - Tentera rejim penjajah menangkap lagi seorang tahanan Palestin, Majdi Ajuli yang terbebas melalui rundingan penukaran tahanan-tawanan malam tadi di daerah Qaffain, utara bandar Tulkarm, Tebing Barat. Bersama mangsa, tentera rejim turut menangkap isteri dan anaknya.

Sumber tempatan berkata, sebelum Majdi ditangkap, tentera rejim merempuh masuk ke kampung berkenaan dan mengepung rumah mangsa. Kemudian, mangsa berserta isteri dan anaknya ditangkap penjajah, lalu dibawa ke tempat yang tidak dimaklumkan.

Sebagaimana dinyatakan, Majdi Ajuli telah dihukum penjara dalam tempoh yang lama(1 tempoh menyamai 25 tahun) dan dia telahpun meringkuk dalam penjara penjajah selama tidak lebih 22 tahun. Majdi dibebaskan melalui rundingan penukaran tahanan-tawanan pada peringkat pertama(fasa pertama, 08/10/2011).

Sebelum ini, penjajah telah menangkap semula 5 tahanan Palestin di Tebing Barat yang terbebas melalui rundingan penukaran. Sementara itu, gerakan HAMAS telah memberi respon balas berhubung penangkapan ini.
____________________________________
Pautan lain:
> Penjajah tangkap wanita Palestin yang terbebas melalui rundingan وفاء الأحرار
> [Gambar] Ditangkap dengan hujung senjata, bebas juga dengan hujung senjata

____________________________________

"Sebagai tindak balas terhadap musuh yang cuba mencabar kami, maka kami akan mengambil langkah yang sesuai dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh rejim zionis yang mana akan membuatkan musuh menyesal," kata gerakan HAMAS. Sumber 23/02/2012, web berita Safa.ps