25 Mac 2012

Doktor Rusia peluk Islam di Gaza

Laporan jam 06:19 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:19 malam, waktu Mesir

GAZA - Seorang doktor warganegara Rusia telah mengistiharkan dirinya memeluk Islam dalam Masjid At-Taqwa di pertengahan bandar Gaza sebaik sahaja solat Isyak, pada Sabtu malam, 24/03/2012. Pengistiharan itu berlangsung di hadapan para jemaah dan pendakwah-pendakwah muslim.

Berikutan pengistiharan, para jemaah di masjid menyambutnya dengan takbir dan tahlil menandakan rasa terlalu gembira dengan pengislaman doktor Rusia. Sumber 25/03/2012, web berita Paltimes.net

Agenda pertemuan sulit di Amman mahu bunuh Semenanjung Gaza

Laporan jam 04:22 petang, waktu Palestin/Mesir

Paksa HAMAS supaya menyerah dan jalankan agenda Abbas

Sebuah laporan berita yang dinukil dari web berita PALTIMES menyebut agensi berita tempatan Palestin petang ini, 25/03/2012, Ahad telah menerbitkan satu ringkasan agenda pertemuan yang disertai perisikan Mesir, Jordan, Amerika, Israel dan Palestin di Amman(ibunegara Jordan) pada 27/02/2012. Agenda tersebut diutuskan dari Ketua Badan Perisikan Palestin, Majid Faraj kepada pemimpin gerakan FATAH, Mahmoud Abbas.

Dokumen yang disifatkan sulit itu menerangkan persetujuan dari pihak-pihak yang hadir dalam perjumpaan berhubung siri pembalasan dendam ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang telah diuji dengan kesengsaraan dan perang. Tambahan lagi, tujuan pembalasan dendam ke atas gerakan HAMAS bagi memaksanya tunduk dan menerima syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak-pihak luar.

Antara perkara utama yang diperbincangkan dan dipersetujui, iaitu mengetatkan lagi sekatan dan mengenakan tekanan ke atas HAMAS serta menghentikan serangan roket, mengukuhkan lagi jalinan kerjasama keselamatan antara pemerintah Palestin(Ramallah) dengan rejim penjajah dan mencatu kemasukan bahan bakar serta ubat-ubatan ke Semenanjung Gaza. Sumber 25/03/2012, web berita Paltimes.net

Salinan agenda pertemuan sulit