30 Mac 2012

Lanjutan tahanan tanpa bicara ke atas ahli parlimen

Laporan jam 12:47 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 11:47 pagi, waktu Mesir

Kali ketiga berturut-turut

KHALIL - Mahkamah rejim penjajah melanjutkan lagi tempoh penahanan tanpa bicara ke atas seorang ahli parlimen Palestin, Khalil Musa Al-Rabaie (gambar)yang berasal dari daerah Yata, selatan Khalil. Beliau mewakili 'التغيير والإصلاح'(HAMAS) dalam parlimen Palestin.

Dijelaskan, mahkamah Ofer penjajah memutuskan lanjutan tahanan tanpa bicara bertempoh selama enam bulan ke atas beliau dan hukuman sebegini ini adalah kali ketiga berturut-turut.

Beliau, Al-Rabaie ditangkap dari rumahnya sendiri pada 30 Disember 2010. Kemudian, penjajah memindahnya ke tahanan tanpa bicara dengan alasan Al-Rabaie menimbulkan bahaya kepada keamanan Israel.

Al-Rabaie merupakan Pengerusi Lembaga Syarikat Elektrik Selatan, kemudian diusir keluar ke Marj Al-Zuhur pada tahun 1992. Beliau juga telah beberapa kali meringkuk dalam penjara penjajah, permulaannya pada tahun 1996 dan yang terakhir pada tahun 2010. Sumber 30/03/2012, web berita Paltimes.net

[GMJ] Snapshot i love Palestine

Nukilan foto dari Azlan Zawawi(photographer/ajk PMC PMRAM)

Sempena hari bumi Palestin yang mengingatkan betapa kekejaman rejim zionis/penjajah yang merampas tanah-tanah Palestin pada 30 Mac 1976.

Penjajah ketatkan kawalan sedia hadapi perarakan antarabangsa

Menteri Perang zionis, Ehud Barak telah mengeluarkan arahan mengenakan lingkaran keselamatan selama 24 jam ke atas Tebing Barat ekoran persediaan sebarang pertempuran yang kemungkinan berlaku ketikamana perarakan antarabangsa menuju ke BaitulMaqdis hari ini sempena 'hari bumi'.

Pihak berkuasa penjajah telah menetapkan mana-mana penduduk Palestin yang memegang identiti Israel bawah umur 40 tahun tidak dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa hari ini sekalipun untuk menunaikan solat ataupun memasuki kawasan Kota Lama. Hal ini sebagai langkah persediaan membendung tunjuk perasaan dari Masjid Al-Aqsa sempena hari bumi seiringan dengan kempen perarakan antarabangsa.

Semalam, tentera-tentera penjajah khususnya dari unit khas dan pengawal sempadan telah dikerahkan bertebaran di sebahagian besar kawasan-kawasan di bandar BaitulMaqdis, khususnya meliputi Kota Lama dan pintu-pintu luar yang menjadi laluan masuk ke Masjid Al-Aqsa, sekitar tembok Masjid Al-Aqsa, lorong dan jalanan serta jalan-jalan utama dan juga persimpangan jalan. Pihak berkuasa penjajah turut memasang sekatan tentera dan penghadang jalan di beberapa batang jalan yang berbeza dan turut dipasang di hadapan pintu-pintu masuk ke Kota Lama bagi pemeriksaan kad pengenalan penduduk Palestin.

Tambahan lagi, tentera penjajah/zionis telah menjalankan kawalan ketat meliputi perlintasan-perlintasan(checkpoint) di setiap jalan masuk utama ke bandar Al-Quds(BaitulMaqdis).

Tentera penjajah telah mengambil lankah berjaga-jaga dengan mengawal sepanjang sempadan dari kesemua sudut(timur, utara, selatan) meskipun telah diyakinkan bahawa para demonstran atau penunjuk perasaan tidak akan melanggar garisan sempadan. Sumber 30/03/2012, web berita Paltimes.net

Penjajah pula tangkap selepas bebas dari penjara Palestin

Laporan jam 10:47 pagi, waktu BaitulMadis
Jam 09:47 pagi, waktu Mesir

KHALIL - Sepasukan tentera rejim penjajah telah menangkap seorang pemuda Palestin selepas menyerbu masuk ke dalam rumahnya di bandar Khalil, selatan Tebing Barat awal pagi ini, Jumaat, 30/03/2012.

Pemuda berkenaan dikenali Muhammad Abdul Karim Amru berusia 28 tahun.

Sumber-sumber dari keluarganya menyatakan kepada agensi berita SAFA, sebilangan besar tentera penjajah menyerbu masuk ke rumahnya di kawasan Al-Hawus kedua di bandar berkenaan, kemudian menangkap Muhammad dan membawanya ke tempat yang tidak dimaklumi.

Kata waris kepada Muhammad, anaknya baru sahaja sehari dibebaskan dari penjara Keselamatan Negara Palestin di Az-Zahiriah setelah melalui tempoh tahanan selama 20 bulan ekoran dikenakan tahanan politik.

Pautan lain:
Ditangkap penjajah selepas bebas dari penjara Palestin


Ahli keluarg Muhammad mendesak Badan-badan Hak Asasi Kemanusiaan tempatan, antarabangsa dan Pemerintah Palestin Ramalllah agar campurtangan bagi membebaskan anaknya dari penjara penjajah, lebih menyayat hati Muhammad baru sahaja sehari dibebaskan dari penjara Palestin. Sumber 30/03/2012, web berita Safa.ps