20 April 2012

Bedilan meriam dakwa tembakan peluru ke rumah zionis

Laporan 07:42 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 06:42 malam, waktu Mesir
Kedudukan Beit Lahiya no.7 hijau dan nombor yang berwarna biru dan oren adalah jajahan 1948

BEIT LAHIYA - Kereta kebal zionis melepaskan tiga tembakan meriam pada petang Jumaat(20/04/2012) ke arah kawasan di sebelah tenggara daerah Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, penyampai berita SAFA menjelaskan peluru-peluru meriam yang ditembak itu gugur berdekatan kawasan Abraj Al-Nada. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dari sudut lain, akhbar berita Israel versi hebrew 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) mendakwa ada tembakan-tembakan yang dilepaskan dari utara Semenanjung Gaza telah mengenai sebuah rumah warga zionis yang terletak setentang dengan garisan sempadan. Berikutan itu, tentera zionis melaksanakan operasi 'mengesan' di lokasi kejadian. Sumber 20/04/2012, web berita Safa.ps

Lebih 10 cedera disembur gas pemedih mata

Laporan jam 10:33 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:33 pagi, waktu Mesir
Sebelah selatan Jenin
JENIN - Tentera rejim penjajah telah merempuh dan menceroboh masuk ke beberapa buah daerah di selatan dan barat Jenin, utara Tebing Barat pada awal pagi Jumaat, 20/04/2012.

Selatan Jenin

Kata sumber tempatan kepada agensi berita SAFA, pertempuran sengit telah meletus di daerah Jaba'(جبع) pada awal pagi Jumaat diikuti dengan tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera penjajah. Pertempuran yang berlanjutan selama beberapa jam telah mengakibatkan lebih sepuluh orang penduduk Palestin cedera ekoran disembur gas pemedih mata.

Selain kejadian ini, tentera penjajah berpengkalan sementara di pertengahan dua buah daerah yang berhampiran dengan Jaba', iaitu Silah Al-Dahr(سيلة الظهر) dan Fandaqumiya(الفندقومية). Kemudian, penjajah menjalankan operasi 'mengesan' serta merempuh masuk ke halaman sekolah menengah Silah Al-Dahr.
Sebelah barat Jenin, Zibda dan Ya'bad

Barat Jenin

Begitu juga di sebelah barat Jenin, tentera penjajah yang menceroboh ke kampung Zibda bertebaran di sepanjang kawasan terbuka, lalu mendirikan beberapa sekatan(checkpoint) meliputi sehingga ke daerah Ya'bad. Sumber 20/04/2012, web berita Safa.ps