Laporan jam 07:00 malam, waktu BaitulMaqdis
06:00 petang, waktu Mesir
KHALIL - Sepasukan tentera penjajah telah menggeledah sebuah rumah Palestin, milik Khaled Muhammad Ali Nasar di Hayyu Futuh pertengahan bandar Yata, selatan Tebing Barat. Penjajah merempuh masuk ke rumah terbabit awal pagi Isnin(23/04/2012) selepas meletupkan pintu rumah, kemudian merosakkan peralatan rumah.
Ketua daerah Yata, Zahran Abu Qabitah mengecam keras tindakan kurang ajar penjajah yang boleh dikatakan dilakukan hampir setiap hari khususnya di bandar Yata, dan keseluruhannya di semua pelusuk Palestin.
Salinan kenyataan Abu Qabitah yang diterima agensi berita SAFA, kata beliau, "tindakan ini yang dilakukan hampir setiap hari di Yata ternyata jelas melanggar perjanjian-perjanjian yang disepakati antara kerajaan penjajah dengan Pemerintah Palestin(PLO). Sedemikian itu, tindakan ini adalah bertujuan menghalau Palestin dari tanah-tanah mereka dan membolehkan warga-warga zionis mengambil alih tempat mereka(Palestin)."
Tambahan lagi, penyelaras media daerah Yata, Abdul Aziz Abu Fanar menjelaskan bahawa tentera penjajah mengarahkan ahli-ahli rumah berkenaan keluar ke kawasan lapang dan dikurung selama lima jam. Sewaktu kejadian, tentera-tentera penjajah dilihat bertebaran di atas bumbung-bumbung(أسطح) rumah yang berhampiran rumah berkenaan. Sumber 23/04/2012, web berita Safa.ps
![]() |
| Kesan-kesan geledah |








