11 Mei 2012

Gegaran kecil melanda tanah Palestin, Lubnan dan Mesir

Laporan jam 10:16 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:16 malam, waktu Palestin


Satu gegaran berukuran 5.5 pada skala richter yang berpusat berdekatan kepulauan Cyprus telah menggegarkan kawasan timur Mediterranean pada malam Jumaat, 11 Mei 2012. 

Penduduk tempatan di negara berkenaan melaporkan gempa bumi itu.

Berkenaan kawasan timur Mediterranean, tanah Palestin, Mesir, dan Lubnan juga merasai gegaran kecil sebentar tadi tanpa membabitkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Sumber dari agensi berita SAFA menukil dari penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menyatakan mereka merasai gegaran kecil selama beberapa saat.

Tambahan lagi, web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) menukil daripada US Geological Survey menyebut gempa bumi sebentar tadi berukuran 5.5 pada skala richter.

Warga-warga di sana mangatakan bahawa gegaran itu berlaku di Tel Aviv, Jerusalem(BaitulMaqdis), Beersheba, Haifa, Emek Yizrael, Nahriya, Rehovot dan Kiryat dan turut dirasai di bandar lain kira-kira jam 9.50 malam, waktu BaitulMaqdis.

Amy Shakedi memberitahu web berita YNET, "Saya menetap di Kiryat Motzkin di tingkat 6. Saya terasa gegaran selama beberapa saat. Saya terasa kerusi yang sedang saya duduk bergerak, saya amat takut." 

Lubnan rasa gegaran

Gegaran ini turut melanda Lubnan, demikian itu, lapor dari penduduk Lubnan. Sebagaimana yang dinukilkan dari media Lubnan, gegaran itu dirasai di Beirut, Sidon, Tyre, dan Tripoli.

Pihak polis menyatakan bahawa mereka menerima ratusan panggilan telefon selepas jam 9.50 malam. 

Pada Disember tahun lepas, gegaran yang berukuran 3.8 pada skala richter pernah melanda di rantau Galilee yang berpusat di lembah Hula dan laut Galilee.

Mesir turut rasai gegaran

Berhubung gegaran ini, MAP turut menerima SMS ringkas dari ALMASRYOON menyebut gegaran pada 5.5 skala richter melanda Mesir yang pusatnya 530 kilometer dari Kaherah. Sumber 11/05/2012, web berita Safa.ps, web berita YNET, web berita JPOST dan SMS ringkas AlMasryoon