20 Mei 2012

[Klip wawancara] Harapan mereka kepada kita





Sesi wawancara sidang media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) dikendalikan oleh Setiausaha Agung MAPIM, Saudara Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali cikgu Azmi turut merangkap Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(SHURA). Tetamu jemputan, saudari Tahreer Al-Gamri berasal dari Semenanjung Gaza. 



Kedatangan saudari Tahreer ke Kaherah sempena menghadiri Persidangan Antarabangsa Mendokong Sektor Kesihatan Gaza yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam(OIC) yang berlangsung pada 29 April 2012 di dewan persidangan hotel Dusit Thani, New Cairo. Demikian itu, delegasi MAPIM diundang ke dalam persidangan serta diminta membentangkan projek bantuan kemanusiaan pembinaan hospital kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang menelan kos belanja bernilai RM137 juta. Bersama delegasi MAPIM, wakil komuniti Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love'(MAP) turut serta ke dalam persidangan.

Info hospital:
- Upacara pecah tanah telah disempurnakan pada 13 Ogos 2010 di tapak cadangan pembinaan hospital seluas 277,000 kaki persegi.

Hulurkan bantuan anda bagi melancarkan pembinaan hospital ini melalui:

TABUNG GAZA-MAPIM
0801 3010 0758 20 
(BIMB)

Sempadan Rafah ditutup sempena pilihanraya Presiden

Pintu gerbang utama terminal sempadan Rafah Mesir
RAFAH - Pihak berkuasa Mesir telah memaklumkan kepada terminal Rafah Palestin berhubung niatnya menutup sempadan Rafah pada hari Rabu akan datang bagi meraikan pilihanraya Presiden Mesir yang bermula pada 23 Mei 2012.

Masa berbaki : 3 hari lagi
Bilangan calon : 13 orang
Tarikh :  23 dan 24 Mei 2012
(pusingan pertama)
Berhubung makluman, Pengarah Jabatan Pengurusan Sempadan di sebelah Rafah Palestin, Maher Abu Sabhah menyatakan dalam kenyataan khas kepada agensi berita SAFA bahawa Mesir telah memaklumkan secara rasmi mengenai penutupan sempadan Rafah pada hari Rabu berikutan berlangsungnya pilihanraya Presiden Mesir dan dibuka semula seperti biasa dari dua arah(Rafah Gaza-Rafah Mesir) pada hari Khamis.

Tambahan lagi, pilihanraya Presiden pusingan pertama berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012.

Demikian itu, Abu Sabhah berkata, penutupan sempadan tidak akan memberikan kesan sampingan kepada proses keluar masuk kerana tiada sebarang pendaftaran dilakukan untuk hari tersebut, demikian itu telah mengetahui lebih awal mengenai tarikh pilihanraya dan sesiapapun tidak dibenarkan mendaftar pada hari berkenaan bagi mengelakkan orang awam berpusu-pusu ke kaunter pertanyaan. 


Pautan:
1) Pilihanraya Presiden Mesir 2012 [wikipedia]

Laporan ini telah diterbitkan pada 19/05/2012. Sumber dari web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Info-info ringkas Palestin


1) 2 juta kanak-kanak Palestin bawah 18 tahun

Analisis bilangan penduduk Palestin pada pertengahan tahun 2011 berjumlah 4.17 juta orang. Dari bilangan tersebut, jumlah kanak-kanak Palestin(termasuk remaja) bawah umur 18 tahun sebanyak 2.01 juta, sekaligus kategori golongan ini membentuk 48.2% dari keseluruhan penduduk Palestin. 

Sumber 15/04/2012, web berita Paltimes.net

2) 17 April setiap tahun hari tahanan Palestin

Sempena hari tersebut, lebih 300 buah NGO antarabangsa telah mengumumkan gesaan segera bagi menyokong para tahanan Palestin yang telah mengadakan mogok lapar demi mendapatkan hak-hak kemanusiaan yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Juga mendesak agar masyarakat antarabangsa campurtangan dan memberi tekanan ke atas rejim penjajah bagi membebaskan para tahanan Palestin.

Lebih 3,500 orang tahanan Palestin telah memulakan mogok lapar hari ini bertepatan hari tahanan Palestin. Demikian itu, jumlah berkenaan adalah dari jumlah asal tahanan Palestin seramai 4,700 orang yang meringkuk dalam penjara-penjara penjajah. 

Sumber 17/04/2012, web berita Safa.ps

3) Perjumpaan tergempar Arab

Sebagaimana yang dijadualkan, Liga Arab akan mengadakan perjumpaan tergempar hari ini di Kaherah bagi membincangkan kedudukan para tahanan Palestin yang berada dalam penjara-penjara Israel. 

Sumber 06/05/2012, web berita Safa.ps

4) Detik-detik terakhir, 11 minit Palestin hilang pada 14 Mei 1948

Pada waktu itu, zionis tanpa rasa malu sebaik sahaja Britain mengangkat kaki dari Al-Quds, zionis dengan penuh kerakusan tanpa menunggu 15 Mei, mereka terus mengakui berdirinya sebuah negara haram yang menjalar sehingga ke sempadan tanah Mesir di bahagian selatan tanah Palestin. Demikian itu, dalam tempoh 11 minit selepas ketua pengganas zionis mengumumkan negara haram mereka, Amerika Syarikat selaku pihak utama yang mengiktiraf tertegaknya negara haram Israel. Maka, 15 Mei 1948 berakhirnya mandat Britain di tanah Palestin, lalu bermulanya perang 1948. Namun, tentera Arab telah terlambat kerana menanti 15 Mei 1948, kemudian barulah menyerbu masuk.