23 Mei 2012

[Gambar] Al-Banna di Gaza pada 66 tahun yang lalu

Pusat Pendokumentasian Sejarah Palestin melampirkan beberapa keping foto yang jarang ditemui. Foto-foto berkenaan menceritakan tentang lawatan bekas Murshidul Am Ikhwan Muslimin, as-syahid Hassan Al-Banna ke Gaza pada 66 tahun yang lalu.
As-syahid Hassan Al-Banna




Tambahan dari foto yang dikemukakan oleh web berita PALTIMES, catatan sejarah yang mengaitkan perjuangan Ikhwan Muslimin mempertahankan tanah Palestin tidak dapat dinafikan lagi. Berikutan itu, sebuah risalah kecil yang ditulis oleh Abdullah Al-'Aqil berjudul 'lembaran-lembaran jagoan Ikhwan Muslimin di Palestin'  menceritakan tentang siri perjuangan Ikhwan Muslimin di tanah Palestin. Begitu juga, sebuah lagi buku yang dikarang oleh Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan berjudul 'فلسطين..التاريخ المصور' dalam muka surat 261 menceritakan bagaimana usaha Hassan Al-Banna menggerakkan para mujahideen(pejuang-pejuang) dari Mesir ke Palestin pada tahun 1947  masehi bersamaan 1366 hijriah. Pada waktu itu, Mesir diperintah oleh Raja Farouq. Maka, hampir 10 ribu sukarelawan dari kalangan mujahideen Ikhwan Muslimin bergerak menuju ke tanah Palestin. Semasa di pertengahan jalan, mereka telah dihadang tentera Mesir dan melarang dari meneruskan langkah ke Palestin. Hassan Al-Banna berundur bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan dengan tentera Islam.
Sejarah ringkas yang ditulis oleh Dr. Tareq Al-Suwaidan dalam buku beliau, m/s 261.
Bagaimanapun, selepas kejadian ini, para mujahideen dapat meloloskan diri mereka dan bergerak mara ke tanah Palestin. Pada saat itu, catatan-catatan sejarah menceritakan operasi-operasi ketenteraan yang dijalankan oleh para mujahideen mengakibatkan ramai tentera British dan zionis terbunuh.

Sumber:
1) Web berita Paltimes.net, 23/05/2012
2) بطولات الاخوان في فلسطين, Abdullah Al-'Aqil
3) فلسطين..التاريخ المصور, Dr. Tareq Al-Suwaidan

Ceroboh terbatas di Gaza


Laporan jam 09:04 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:04 pagi, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Tentera rejim zionis telah melakukan pencerobohan terbatas pagi ini di sebelah timur bandar Der Al-Balah, Gaza Tengah, Semenanjung Gaza.

Kedudukan Deir Al-Balah
Pemberita SAFA melaporkan 10 buah jentolak dan 5 buah kereta kebal zionis dilihat bergerak keluar dari pintu gerbang(laluan masuk) di pos kawalan tentera 'Kissufim' yang berada di sebelah tenggara Khan Younis menuju ke utara Deir Al-Balah.

Kebimbangan yang dirasai para petani Palestin di kawasan berkenaan, jentolak-jentolak zionis kerap meranapkan tanah-tanah pertanian mereka yang  setentang dengan garisan sempadan serta merosakkan hasil pertanian mereka.

Hampir setiap hari, rejim zionis sengaja menceroboh masuk ke tanah Gaza dari arah sempadan timur dan utara serta memberi peringatan kepada penduduk Palestin agar tidak mendekati garisan sempadan dari jarak 300 meter. Sumber 23/05/2012, web berita Safa.ps