28 Mei 2012

Penjajah tangkap 4 remaja Palestin semalam


Laporan jam 04:47 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:47 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Tentera penjajah(zionis/Israel) telah menangkap empat remaja Palestin bawah umur di Hayyu Al-Sheikh Jarrah pertengahan bandar BaitulMaqdis semalam dan membawa ke pusat tahanan di jalan Salahuddin untuk soal siasat.

Sumber-sumber tempatan menyebut remaja Palestin bawah umur yang ditangkap, Amir Maher Hajij, 15, Ahmad Ghalib As-Sibag, 15, Najaati Qawwas, 14, dan Firas Maher Hajij, 16.

Sementara itu dalam kejadian lain yang berlaku pada siang semalam, tentera penjajah melepaskan tembakan ke atas seorang penduduk perempuan Palestin, kemudian mangsa ditangkap serta dibawa pergi.

Kata sumber tempatan, tentera penjajah yang berkumpul berhampiran penempatan 'Nahal Najhout' di sebelah barat bandar Dura, Khalil telah menembak seorang penduduk perempuan Palestin, Saerah Salamah Jaber As-Sayuti, 22 kerana dikatakan enggan menurut arahan tentera yang meminta supaya berhenti, kemudian Saerah ditangkap dan dibawa ke tempat yang tidak dimaklumi.

Menurut lagi sumber yang sama, Saerah sedang menghadapi tekanan dan keadaan dirinya tidak diketahui, begitu juga tempat mangsa dibawa pergi. Sumber 28/05/2012, web berita Safa.ps dan 27/05/2012, web berita Paltimes.net

AIMAN JUDAH lancar roket ke menara kawalan zionis


Laporan jam 04:32 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 03:32 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sebuah unit pejuang Palestin, AIMAN JUDAH pecahan dari kumpulan pejuang KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera gerakan FATAH yang telah dibubarkan) telah mengumumkan bahawa pejuangnya telah melancarkan satu serangan peluru roket jenis 'BM' buatan Rusia ke atas menara kawalan rejim zionis(penjajah/Israel) di sebelah timur kawasan Jahr El-Deik, tenggara bandar Gaza.

Kenyataan rasmi AIMAN JUDAH yang diterima agensi berita SAFA menyebut bahawa serangan roket itu dilancarkan pada waktu awal pagi Isnin mengenai tepat menara kawalan terbabit.

Jelas kenyataan tersebut, "sasaran serangan roket ini adalah hak kami yang biasa bagi membalas perlanggaran yang dilakukan rejim zionis secara terus-menerus terhadap perwira-perwira dari kalangan tahanan(banduan) Palestin." Sumber 28/05/2012, web berita Safa.ps