31 Mei 2012
[Klip marmara] Tahun kedua sempena memperingati serangan ke atas freedom flotilla
Tangkap empat nelayan di utara laut Gaza
BAYT LAHIYA - Tentera laut zionis(Israeli Navy) telah menangkap empat orang nelayan Palestin dari dua buah sampan di persisiran laut daerah Bayt Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Demikian, menurut agensi berita SAFA dalam laporan yang telah diterbitkan menjelang tengahari semalam, Rabu 30 Mei 2012.
![]() |
| Kapal marin tentera laut zionis |
Pejabat Kemajuan Ikan di Kementerian Pertanian Gaza berkata, bot-bot laju tentera zionis telah memaksa empat nelayan terbabit meninggalkan sampan mereka, kemudian mereka ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui.
Jelas pejabat berkenaan, empat nelayan yang ditangkap, Nour El-Sultan, 49 dan saudaranya, Hassan, 39, serta nelayan dari sampan kedua, Jihad Al-Sultan, 38 dan saudaranya, Zahir, 22.
![]() |
| Jarak yang dibenarkan kepada nelayan Palestin di Semenanjung Gaza untuk memburu ikan mengikut tempoh masa tertentu. |
Sebagaimana dijelaskan, akhir-akhir ini, kejadian menculik dan mengekori para nelayan di tengah laut semakin menjadi-jadi. Berikutan itu, setiap kali tiba musim baru memburu ikan, rejim zionis kerap kali menyasarkan para nelayan bertujuan mengekang aktiviti nelayan.
Berhubung kejadian, Kementerian Pertanian berkata, "rejim zionis hanya benarkan nelayan memburu ikan tidak lebih dari jarak 3 batu nautika, jika lebih, nelayan akan dikejar", tambahan lagi, "semua pihak mesti bertanggungjawab terhadap kesengsaraan yang dilalui para nelayan."
Kementerian Pertanian di Semenanjung Gaza meletakkan sepenuhnya ke atas rejim zionis pihak yang bertanggungjawab terhadap nyawa para nelayan sambil menyeru badan-badan hak asasi manusia, terutamanya Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa campurtangan segera bagi membebaskan nelayan serta mengembalikan semula perkakasan menangkap ikan kepada nelayan. - SAFA


