Laporan jam 03:39 petang, waktu BatulMaqdis
Jam 02:39 petang, waktu Mesir
![]() |
| Mortar 'hawn' |
KHAN YOUNIS - Helikopter Apache Israel telah menghalakan tembakan mesingannya ke kawasan pertanian di Abbasan Al-Kabir, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Sementara itu, pejuang Palestin mengebom tentera zionis yang menceroboh dari sebelah timur bandar Deir Al-Balah, Gaza Tengah dengan peluru mortar jenis 'hawn'.
Berhubung serangan Apache di kawasan pertanian, penyampai berita SAFA melaporkan, sehingga saat ini, tiada lagi sebarang laporan diterima mengenai kecederaan mahupun kerosakan harta benda.
Dari sudut lain, KATAIB SYAHID AHMAD JIBRIL, sayap tentera kepada الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين - القيادة العامة(Popular Front for the Liberation of Palestine – General Command) telah mengumumkan bahawa pejuangnya telah melepaskan empat das tembakan peluru mortar jenis 'hawn' ke arah tentera rejim zionis yang menceroboh sebelah timur bandar Deir Al-Balah di Gaza Tengah pada pagi tadi.
Pautan berita:
| Logo PFLP - General Command |
Salinan kenyataan media pejuang Palestin berkenaan yang diterima agensi berita SAFA berkata, "pada jam 02:30 petang(waktu BaitulMaqdis), pejuang-pejuang kami telah berjaya melepaskan empat butir peluru mortar jenis 'hawn' bersaiz 80mm ke arah tentera rejim zionis yang menceroboh di sekitar lokasi tentera Kissufim."
Menukil dari saksi, sebanyak 12 buah jentera perang yang terdiri dari kereta kebal dan jentolak telah menceroboh sejauh puluhan meter ke dalam tanah-tanah penduduk Palestin di kawasan yang disebutkan serta menjalankan operasi meratakan tanah dan mengesan.
Menurut SAFA, tentera rejim zionis telah pun berundur sebelum menjelang waktu Asar sebentar tadi. Sumber 12/06/2012, web berita Safa.ps

