04 Julai 2012

Ratusan laungkan kemarahan 'Rakyat Mahu Gugurkan Oslo' di Ramallah


RAMALLAH, 04 Julai - Aktivis-aktivis Palestin dalam lingkungan beratus-ratus orang berkumpul selepas waktu Asar pada petang Selasa, 03/07/2012 di hadapan Al-Muqata, bangunan pejabat Presiden Palestin di Ramallah, Tebing Barat bagi membantah dasar rundingan dan lawatan Timbalan Perdana Israel(zionis/penjajah), Shaul Mofaz yang dijadualkan bertemu dengan Mahmoud Abbas pada Ahad lepas dan telah ditangguhkan malah turut membantah dasar kekangan yang dilaksanakan oleh Badan Keamanan Palestin(Palestinian National Security Forces), demikian seperti yang dilaporkan dari web berita Palestin agensi PALTIMES, SAFA dan MAAN.

Kaitan berita:
Tangguh pertemuan Abbas dan Mofaz


Perarakan kali ketiga berturut-turut disertai penduduk Palestin dari tanah jajahan 1948 dan juga dari bandar BaitulMaqdis(Al-Quds) yang berkumpul di pusingan jalan Al-Manara pertengahan Ramallah, kemudian bertolak menuju ke bangunan pejabat Presiden. Tidak sebagaimana perarakan pada hari Sabtu dan Ahad lepas yang dikekang teruk oleh Badan Keselamatan Palestin malah kedapatan para penunjuk perasaan yang dibelasah teruk sehingga cedera dan puluhan ditangkap, lantas mendorong Presiden Palestin menubuhkan panel siasatan berhubung kekangan ini malah kumpulan pembebasan Palestin yang lain seperti gerakan HAMAS gesa adakan siasatan, namun, perarakan semalam tanpa dikawal anggota Badan Keselamatan Palestin.








Dalam perarakan ini, para aktivis melaungkan, 'rakyat mahu gugurkan perjanjian Oslo' iaitu perjanjian yang diasaskan oleh Pemerintah Palestin(PA) dengan Israel pada tahun 1993. Aktivis turut melaungkan, 'rakyat mahu bebaskan Palestin', demikian mendesak pembebasan Palestin dan menghalau penjajah. Laungan 'kesatuan..pembebasan..maruah tanahair' juga bergema, di samping itu, para aktivis mengungkapkan rasa marah terhadap dasar kerjasama keselamatan antara Pemerintah Palestin dengan Israel, kata mereka, 'kenapa..kenapa perlu kerjasama keselamatan..kita semua bawah peluru tentera penjajah'.

Perarakan ini mendesak Abbas dan barisan pimpinan Pemerintah Palestin Ramallah agar menilai semula dasar dan polisi politik mereka dengan menghentikan segera kerjasama keselamatan serta lepaskan belenggu ke atas pejuang-pejuang Palestin di Tebing Barat.