06 Julai 2012

Selepas perarakan, perisikan janji bebas 22 tahanan


Laporan jam 08:53 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:53 malam, waktu Kaherah(Mesir)

BETLEHEM - Jawatankuasa Ahli Keluarga Tahanan Politik di Tebing Barat menyatakan, Badan Perisikan Am Palestin telah berjanji untuk membebaskan sebilangan tahanan, dan sebahagian yang mogok lapar dalam penjara-penjara Badan Keamanan Palestin(Palestinian National Security Forces).

Salinan kenyataan rasmi jawatankuasa terbabit yang disampaikan kepada agensi berita MAAN(معا) menerangkan, persetujuan yang dibuat di pusat tahanan Betlehem antara ahli-ahli keluarga tahanan dengan anggota perisikan telah ditentukan 22 orang tahanan politik termasuk 9 tahanan yang mogok lapar bakal dibebaskan selewat-lewatnya 10 hari akan datang.

Sembilan tahanan politik yang mogok lapar, Othman Al-Qawasimi, Muhammad Abu Hadid, Mu'tasim Al-Natshah, Muhammad Al-Athrash, Anas Abu Merkhiah, Taha Shalaladah, Muhammad Atif Shalaladah, Ra'fat Yusof Shalaladah dan, Nidhal Mahmud Ashmar Al-Natshah.

Perarakan desak bebas tahanan politik

Penduduk Palestin yang mengikuti perarakan
Berhubung perkembangan ini, salah seorang ahli parlimen Palestin di wilayah Khalil, Basem Al-Za'arir wakil كتلة التغيير والاصلاح(gerakan HAMAS) berkata, "janji yang dibuat Badan Perisikan untuk bebaskan tahanan yang mogok lapar adalah langkah yang baik, kami tunggu perlaksanaannya." Jelas beliau, persetujuan yang dibuat secara lisan sepatutnya mesti bertulis dengan jelas malah pembebasan tahanan politik bukan 22 orang sahaja tetapi bebaskan kesemua sekali.

Selepas solat Jumaat hari ini, ahli-ahli keluarga tahanan politik telah mengadakan perarakan yang bermula dari Masjid Al-Husain menuju ke universiti Khalil dan bergabung dengan penuntut-penuntut universiti pro islamik yang juga mengadakan mogok.

Perarakan yang berkibaran dengan bendera-bendera hijau dan banting mengecam tahanan politik disertai beratus-ratus penduduk Palestin.

Kaitan berita:

Seorang dari ahli parlimen كتلة التغيير والاصلاح (gerakan HAMAS), Muhammad Al-Tal sewaktu menyampaikan ucapan dalam perarakan, beliau menegaskan tahanan politik mesti dibebaskan dan akta tahanan ini juga mesti ditutup. 

Beliau menggesa hentikan dialog dengan gerakan FATAH sehinggalah isu tahanan politik diselesaikan.

Kemudian diikuti wakil ahli keluarga tahanan ketika diberi ruang berucap menegaskan mereka akan meneruskan usaha-usaha sehinggalah anak-anak mereka dapat pulang ke rumah masing-masing. Sumber 06/07/2012, web berita Maannews.net, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net