Laporan jam 12:45 pagi, waktu BaitulMaqdis
Selama beberapa jam helikopter dan pesawat pengintip tanpa juruterbang meninjau di ruang udara Semenanjung Gaza
GAZA - Pejuang Palestin terselamat dari tembakan peluru penyerap bunyi tentera rejim zionis(Israel/penjajah) yang berada di menara-menara kawalan sebelah timur bandar Gaza.
Berhubung kejadian malam tadi, Ahad 15/07/2012, sumber keamanan berkata kepada agensi berita SAFA, sekumpulan pejuang Palestin yang menjalankan operasi kawalan berdekatan lokasi Malika di timur Hayyu Al-Zaitun telah diserang dengan tembakan-tembakan peluru penyerap bunyi.
Jelas sumber keamanan, pejuang-pejuang Palestin berundur dari lokasi berkenaan tanpa sebarang kecederaan.
Sebagaimana yang dimaklumkan, kejadian serangan ini diselangi pantauan dari helikopter zionis dan pesawat pengintip tanpa juruterbang yang meninjau selama beberapa jam di ruang udara sebelah timur bandar Gaza, juga meninjau di sebelah selatan Semenanjung Gaza iaitu Khan Younis dan kawasan di Rafah. Sumber 16/07/2012, web berita Safa.ps