07 Ogos 2012

Az-Zayyat tidak menolak Israel terjebak dalam serangan ganas di Sinai

Arkib foto: Safwat Az-Zayyat
KAHERAH, 07 Ogos - Sebilangan media elektronik Palestin dan Mesir memaparkan pandangan dari seorang pesara tentera Mesir semalam berhubung kejadian serangan dari kumpulan yang tidak dikenali meragut nyawa 16 orang tentera Mesir dan 7 lagi cedera parah semasa waktu berbuka puasa pada 05/08/2012. 

Baca di sini:


Brigadier Jeneral Safwat Az-Zayyat yang dikenali sebagai penganalisis strategi ketenteraan memberikan pandangannya bahawa beliau tidak menolak kaitan Israel (penjajah/zionis) terjebak dalam operasi serangan ganas ke atas tentera Mesir dari unit pengawal sempadan Mesir. Jelas beliau, operasi ini bertujuan menggoncang situasi dalaman Mesir dan menggugat kestabilan hubungan antara Mesir dan Gaza khususnya hubungan Mesir dan Gaza kembali kukuh selepas lawatan delegasi gerakan HAMAS dan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh ke Mesir.

Kata Az-Zayyat kepada media PUSAT INFO PALESTIN, "saya berkeyakinan ketegangan di sempadan akan berterusan dan boleh jadi ianya pembuka jalan kepada perang baru ke atas Semenanjung Gaza dengan matlamat melindungi keamanan negara hebrew (tanah jajahan) dan sempadan-sempadannya, lebih jelas ini adalah usaha bagi menyemai kebencian orang-orang Mesir kepada rakyat Palestin agar tidak ada sebarang perasaan simpati Mesir terhadap Semenanjung Gaza."

Beliau menegaskan kemungkinan besar zionis terlibat dalam operasi ini, kata Az-Zayyat, "setiap petunjuk yang ada seolah-olah mengesahkan keterlibatan zionis".

Az-Zayyat menimbulkan tanda tanya, "apa maksud beberapa jam sebelum kejadian tentera Mesir diserang, Israel telah mengosongkan pekerja-pekerja dari terminal Karem Abu Salem?". Tambahan dari laporan PALTIMES semalam, Az-Zayyat mempersoalkan tindakan Israel mengarahkan pelancong-pelancong dari kalangan warga zionis agar segera beredar keluar dari Sinai pada 2 Ogos yang lepas.
'Badan Pencegahan Keganasan menggesa kesemua Israel yang berada di Sinai 
agar beredar dari kawasan berkenaan dan pulang segera ke Israel (tanah jajahan)'.
Akaun twitter Ofir Gendelman
Paling jelas, seperti yang ditulis jurucakap rasmi Perdana Menteri Israel kepada media Arab (The official account of the Israeli Prime Minister's spokesperson to the Arab media), Ofir Gendelman dalam jaringan twitternya.

Komander selatan arah kosongkan 'checkpoint' tentera

Bukti jelas keterlibatan zionis sebagaimana yang disiarkan televisyen rasmi Israel dalam media elektronik pada waktu Asar hari Selasa, 07/08/2012 telah mendedahkan beberapa jam sebelum kejadian, Komander tentera zionis zon selatan (IDF Southern Command), Tal Russo pergi ke garisan sempadan tanah jajahan dengan Mesir dan mengarahkan 'checkpoint' (sekatan) tentera dikosongkan.


Selepas kejadian: Tel Russo, tengah sewaktu menerangkan
kepada PM zionis, Benjamin Netanyahu.
Jelas media tersebut, berdasarkan maklumat yang diperolehi Israel, operasi serangan yang bakal terjadi itu berdekatan dengan sempadan Mesir, lantas mendorong Komander zon selatan ke lokasi berkenaan. Demikian itu, untuk menenangkan tentera-tentera zionis serta meninjau lokasi tenteranya malah mengarahkan agar sekatan tentera dikosongkan kerana serangan yang bakal berlaku dimaklumkan sengit dan dahsyat.

Sebaik sahaja terbenam matahari, pasukan tentera zionis telah dimaklumkan serangan di sempadan Mesir dan mengesahkan kesahihan maklumat seperti yang diumumkan sejak petang Jumaat lepas.


Bangkai kereta perisai Mesir
Tentera zionis dikatakan merasai pelik ekoran kewujudan sebuah kereta perisai dan diikuti sebuah kenderaan kecil sedang menuju ke sempadan. Bagaimanapun, jelas sumber televisyen Israel, pasukan tentera Israel tidak boleh melanggar kawasan sempadan biarpun telah bersedia dan kereta perisai terbabit bergerak laju ke dalam kawasan sempadan tanah jajahan, lalu pasukan pengawal sempadan zionis membiarkan pasukan tentera udara yang mengendalikan kereta perisai sehingga berubah menjadi bebola api.

Menurut PALTIMES, salah seorang tentera Mesir yang menjadi mangsa dalam serangan Sinai terbunuh akibat pengeboman dari pesawat zionis ke atas kereta perisai yang dibawa lari kumpulan tidak dikenali. 

Beberapa jam yang lalu, Pihak berkuasa Mesir telah pun menerima jenazah seorang tentera Mesir berkenaan dan beberapa anggota kumpulan yang tidak dikenali.