Laporan jam 10:15 malam, waktu Kaherah
Kemaskini jam 11:00 malam, waktu Kaherah

GAZA - Serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang milik Angkatan Tentera Udara zionis (Israel/penjajah) sebentar tadi di Gaza Tengah telah mengakibatkan 3 orang penduduk Palestin syahid dan seorang lagi cedera.
Menurut laporan berita Palestin dari agensi SAFA, PALTIMES, dan MAAN, sumber perubatan Palestin telah mengesahkan tiga orang syahid dalam serangan tersebut setelahmana sebuah kereta penumpang yang dinaiki sebilangan pejuang Palestin menjadi sasaran pengeboman pesawat pengintip berdekatan kawasan timur di Gaza Tengah.
Selepas operasi pencarian yang digerakkan oleh krew perubatan, tiga jasad yang rentung telah ditemui di lokasi kejadian.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah menjelaskan, ketiga-tiga jasad yang ditemui dikenali, Khalil Al-Jarba, 27, Khaled Salah Al-Qarm, 23, dan yang ketiga, Zakaria Al-Jamal.
Menurut pemberita PALTIMES, mangsa ketiga yang syahid adalah Zakaria Mamduh Al-Jamal, 24 berasal dari Tel-Islam (sebelum ini disebut Tel-Hawa), selatan bandar Gaza. As-syahid Zakaria merupakan anak kepada as-syahid Mamduh Al-Jamal, seorang pejuang yang terkemuka dari sayap tentera gerakan HAMAS (KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM) yang syahid dalam perang Al-Furqan (akhir 2008 - awal 2009) di Semenanjung Gaza.
Tambahan dari Dr. Asyraf, seorang lagi mangsa yang cedera parah berusia 30 tahun berasal dari Hayyu Al-Zaitun, bandar Gaza.
Pesawat zionis berterbangan rendah
Sewaktu laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat pengintip berterbangan rendah dan pesawat tempur yang lain kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza dari arah timur serta melepaskan bom-bom cahaya. Suasana ini kelihatan sepertimana gelombang tentangan yang baru ke atas Semenanjung Gaza.
Tentera zionis mengulas serangan
Menukil laporan PALTIMES, ulasan awal dari jurucakap tentera zionis berhubung serangan terbabit mendakwa pihaknya berjaya menumpaskan cubaan melancarkan sebilangan serangan roket ke arah Israel (tanah jajahan 1948).
Jurucakap tentera zionis berkata, serangan ini mengenai tepat ke atas sasaran. Berikutan itu, mereka yang melancarkan serangan roket pada masa yang lalu. Sumber 05/09/2012, web berita Safa, web berita Paltimes, dan web berita Maan