19 September 2012

KEMASKINI: 2 syahid dalam serangan pesawat pengintip di Rafah

Laporan jam 10:46 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:46 malam, waktu Kaherah

SEMENANJUNG GAZA - 2 orang penduduk Palestin syahid (terkorban) malam ini akibat diserang pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang di pertengahan bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

SAFA: Jip yang musnah
Menukil dari agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES menyebut 2 orang penduduk Palestin syahid, manakala seorang lagi kritikal apabila pesawat pengintip melancarkan dua serangan peluru misil ke atas sebuah jip jenis Toyota model 'HILUX' warna putih yang bergerak berhampiran stesen minyak Abu Taha di Hayyu Al-Janinah, pertengahan bandar Rafah.

Jelas SAFA, sebaik sahaja kejadian, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan memindahkan dua mayat, sementara mangsa ketiga mengalami kecederaan yang kritikal. Demikian itu, pada laporan pertama timbul beberapa laporan yang menyebut mangsa ketiga telah syahid.

Sumber berita SAFA menjelaskan bahawa mangsa yang syahid, Anis Muhammad Abul Ainin, 32, dan Asyraf Mahmud Saleh, 36. Kedua-dua mangsa dari anggota pengawal sempadan, sebuah jawatankuasa terowong bawah tanah bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri Palestin di Semenanjung Gaza.

Sebagaimana yang dimaklumi, as-syahid Asyraf Mahmud Saleh merupakan adik kepada Ahmad Yusoff bekas penasihat PM Ismail Haniyeh.

Penyampai berita SAFA menjelaskan lagi bahawa jip yang menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis musnah teruk dan terbakar.

Sejak dari waktu Asar petang tadi, ruang udara Semenanjung Gaza kerap dilintasi pesawat-pesawat perang zionis yang berbagai jenis dan ada yang menembak bom cahaya dari udara. Sumber 19/09/2012, web berita Safa dan Paltimes

Penjajah waspada letusan Intifadhah baru di Tebing Barat


BAITULMAQDIS - Siaran 10 Israel mendedahkan perancangan sulit tentera penjajah yang mengambil langkah bersedia sekiranya 'intifadhah' yang baru meletus di Tebing Barat (West Bank/الضفة الغربية), lebih-lebih lagi ketikamana keluarnya puluhan ribu penduduk Palestin melalui perarakan bantahan kos sara hidup tinggi serta membantah dasar ekonomi yang diamalkan Kerajaan Palestin Ramallah. Demikian itu, Israel menyamakan perarakan terbabit sepertimana hari-hari berlakunya intifadhah.

Sumber terbabit berkata pada hari ini, rancangan sulit tentera iaitu terus menangkap mereka yang dikehendaki di Tebing Barat termasuklah tahanan Palestin yang terbebas melalui perjanjian tukar tahanan-tawanan (صفقة وفاء الأحرار) berikutan bimbang mereka kembali mengadakan semula kegiatan keganasan, menurut kata sumber.

Laporan dari perancangan itu menjelaskan bahawa perubahan-perubahan memang betul berlaku lebih daripada apa yang dijangkakan dan tidak seharusnya kita merasa terperanjat, namun, kita kena fikir ke hadapan dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan kerana memang ada perbezaan di antara tahun 1995 dengan 2012 dan ianya begitu sulit, dan perkara ini tetap berbeza dari waktu-waktu yang lalu.

Demikian itu, siaran 10 Israel menyatakan antara perancangan lain, tentera penjajah telah membentuk satu unit yang bertanggungjawab menenangkan sebarang kejadian kecohan di tanah-tanah Palestin sekiranya meledak 'intifadhah' yang baru. Tentera-tentera penjajah turut merasai kecewa dengan pembebasan tahanan-tahanan Palestin yang terlibat dalam operasi pembunuhan, kata sumber yang mendakwa. Sumber 19/09/2012, web berita Paltimes