18 Julai 2013

RAMY ABDU: 97% PENYELUDUPAN MELALUI SEMPADAN ZIONIS-MESIR

KAHERAH - Sebanyak 97% penyeludupan yang berlaku adalah melalui sempadan Mesir dengan rejim zionis (jajahan 1948), kata Dr. Ramy Abdu selaku Pengerusi Serantau Hubungan Eropah Palestin di tanah Palestin.

Peta garisan sempadan Mesir - Israel. Hijau muda, garisan sempadan 
Mesir - Gaza dan merah, garisan sempasan Mesir - Israel.
Tambahan dari kata beliau di fan page DR. RAMY ABDU mengulas dari apa yang telah diumumkan pemerintah Mesir berikutan pesawat tentera Mesir yang menceroboh ruang udara Gaza adalah dalam konteks memerangi keganasan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan panjang garisan Gaza dengan Mesir 9 kilometer (tidak melebihi 11 kilometer), ada pun garisan sempadan Mesir dengan rejim zionis hampir 280 kilometer dan 97% dari penyeludupan yang berlaku adalah melalui garisan sempadan zionis dengan Mesir termasuklah seludup dadah dan sindiket jual orang.

Jelas beliau, rejim zionis telah bunuh puluhan rakyat Mesir di sempadannya dan batas sempadan Mesir-Gaza tidak pula mencatatkan seorang pun rakyat Mesir dibunuh oleh peluru Palestin. Diingatkan lagi, semenjak 40 tahun yang lalu, helikopter tentera Mesir tidak berlegar-legar di kawasan-kawasan yang jaraknya ratusan kilometer setentang dengan garisan sempadan Israel. Juga untuk diingatkan, penduduk Gaza adalah orang Islam (hanya sebilangan kecil kristian) dan sebahagian besar asal-usul penduduk Gaza adalah dari tanah Mesir.

Dr. Ramy mengingatkan juga betapa generasi muda yang dibesarkan hari ini di Semenanjung Gaza mengimpikan ketibaan pesawat-pesawat Mesir untuk memberi pengajaran keras terhadap musuh mereka iaitu musuh Arab.

Kini, Gaza telah disekat sejak 7 tahun (sumber lain 6 tahun) yang lalu, hanya untuk ingatan.

Sumber:
18/07/2013, web berita Rassd dan page rasmi Dr. Ramy Abdu

PERINGATAN KRISIS KEMANUSIAAN KESAN PENUTUPAN TEROWONG

GAZA - Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh menggesa pihak Mesir yang meruntuhkan terowong bawah tanah agar mengemukakan alternatif untuk membawa masuk barang-barang keperluan asasi ke Semenanjung Gaza, demikian itu lebih 6 tahun Semenanjung Gaza hidup bawah sekatan Israel.

Kenyataan beliau dipetik ketika beliau menghadiri jamuan berbuka puasa anjuran Yayasan Kebajikan Qatar khusus untuk anak-anak yatim petang semalam.

Dari sudut lain, Pertubuhan Hak-Asasi Manusia Arab di Britain mengingatkan dari krisis kemanusiaan di Gaza disebabkan tentera Mesir meruntuhkan terowong-terowong bawah tanah tanpa ada jalan ganti.

Kenyataan media dari pertubuhan terbabit yang dikeluarkan hari ini menyeru masyarakat antarabangsa campurtangan bagi menghentikan tindakan yang bersifat memusuhi terhadap Semenanjung Gaza.
Terowong bawah tanah
"Sejak 4 Julai yang lalu, tentera Mesir mengetatkan laluan keluar masuk individu mahupun barang-barang melalui sempadan Rafah yang merupakan satu-satunya laluan ke dunia luar malah mengkoordinasi sepenuhnya dengan Israel untuk mengerahkan tentera-tentera Mesir di batas sempadan Mesir dengan Semenanjung Gaza," kata pertubuhan itu.

Jelas lagi, unit kejuruteraan tentera Mesir telah merobohkan terowong-terowong bawah tanah yang menyalurkan bahan makanan, binaan, dan petrol ke Semenanjung Gaza. Di samping itu, sempadan Rafah juga ditutup.

Bilangan terowong bawah tanah yang telah dirobohkan sejak 4 Julai hingga sekarang berjumlah 8 buah dan memusnahkan hampir-hampir 30 tangki (takungan/kolah kecil) minyak, juga menggunakan pesawat udara buat kali pertama sejak tahun 1967 bagi memantau terowong bawah tanah.

Pertubuhan ini menyebut penutupan sempadan Rafah dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebarang munasabah dan pada hari Khamis minggu lepas, sempadan ditutup sepenuhnya kemudian beberapa hari selepas itu diumumkan pembukaan sempadan Rafah hanya terhad kepada pesakit dan pemegang passport luar dan Mesir. 

Sumber:
18/07/2013, web berita Irarab dan web berita Alray
*Terjemahan laporan berita ini hasil kerjasama dan penelitian di antara Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP) dengan Koordinator MAPIM Mesir (KOMM).

ISRAEL LULUSKAN RANCANGAN BARU PENEMPATAN DI TEBING BARAT

Pertubuhan B'Tselem (بتسيلم) telah mendedahkan bahawa jawatankuasa penempatan Majlis Tertinggi Pengurusan Kemasyarakatan telah meluluskan enam rancangan pembinaan penempatan yang baru Israel di Tebing Barat (West Bank) merangkumi 1071 buah unit perumahan.

Sumber:
Youtube Al-Jazeerah, 17/07/2013