
Menurut sumber, seramai 12 penduduk Palestin telah ditangkap tentera penjajah(Israel) di Tebing Barat semalam.
Di Semenanjung Gaza pula beberapa siri serangan Israel semenjak awal tahun 2010. Dalam masa yang sama kedengaran berita dan ura-ura Israel akan menyerang semula Gaza dalam operasinya yang terbaru, iaitu 'operation cast lead 2'.
Lewat malam semalam, sumber menyatakan kumpulan pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengumumkan seorang pejuangnya syahid dalam satu operasi jihad di utara Gaza.
Maklumat berhubung kejadian tersebut dinyatakan kemungkinan disebabkan letupan dalam operasi tersebut atau juga disebabkan pengeboman dari Israel.
Keterangan dari Al-Qassam menyatakan, pejuang yang syahid bernama Saer Nabil Ramadhan Khidr, berusia 21 tahun dari Masjid Abdullah Azzam, Bait Hanun, utara Semenanjung Gaza telah bertemu Allah Taala pada 11/01/2010 ketika melaksanakan satu operasi jihad di utara Gaza.
Sumber menjelaskan lagi, ada lagi 3 pejuang bersama Saer tetapi hanya mengalami luka parah.
Menurut sumber, tentera Israel tidak mengulas mengenai berita tersebut bahkan menjelaskan tentang serangan roket pada waktu sebelum itu yang gugur di barat Naqab tanpa berlaku sebarang kecederaan atau sebagainya.
Sementara itu, Menteri Perang Israel(Pertahanan), Ehud Barak memberi ancaman kepada Gaza jika berterusan melepaskan serangan roket, tentera Israel juga akan melancarkan serangan bagi menghentikan serangan roket.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengeluarkan kenyataan bahawa akan melancarkan 'operation cast lead 2' bila serangan roket masih berterusan ke selatan Israel.
Di pihak kumpulan-kumpulan pejuang Palestin Gaza juga berjanji akan membalas setiap serangan Israel ke atas Gaza.
Berikutan peningkatan serangan dari Israel, Kerajaan Palestin Gaza mengajak kepada "persepakatan semua pihak di Gaza untuk menetapkan mekanisme tindakan seiring perubahan keadaan ekoran serangan-serangan Israel yang terkini di Gaza".
Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin di Gaza dalam kenyataan bertulis, bahawa "Kerajaan akan mengambil langkah-langkah berdasarkan dari menjaga kepentingan umum dan persetujuan semua pihak", sambil mempastikan "Palestin juga mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya". Sumber 12/01/2010, berita al-Jazeerah(11/01/2010), web berita al-Jazeerah dan web rasmi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan