
HAMAS tuduh penjajah buka 'sekatan air' tenggelamkan Wadi Gaza.
Hujan lebat yang melanda beberapa buah tempat di Mesir turut mengancam Gaza. Sumber menjelaskan puluhan buah rumah yang terletak di pertengahan Semenanjung Gaza ditenggelami air setelah 'sekatan air' di Wadi Gaza dibuka yang menyebabkan bah menenggelamkan puluhan buah rumah.
Berikutan itu, limpahan air yang membanjiri pertengahan Gaza, Kerajaan Palestin di Gaza menuduh Israel membuka 'sekatan air'.
Sementara itu, Israel menafikan pertuduhan ke atasnya yang membuka 'sekatan air' sehingga menyebabkan banjir.
Sumber rasmi Palestin berkata, berpuluh-puluh penduduk Palestin terperangkap setelah banjir melanda, dalam masa yang sama hujan lebat di beberapa kawasan di pertengahan Gaza. Dinyatakan, jalan utama yang menghubungkan ke utara dan selatan Gaza turut terputus.
Ahmad Kurdi, Menteri Hal-Ehwal Kemasyarakatan di Gaza memohon kepada pihak antarabangsa untuk turut menyelamatkan kawasan yang dilanda bencana banjir. Jelas beliau lagi, 'kawasan ini telahpun di bawah sekatan Israel, kemudian perang, dan sekarang dilanda pula banjir.'
______________________________________________________
Lihat rakaman bergambar banjir di سيول غزة (aljazeera.net)
______________________________________________________
Saksi di tempat kejadian menyatakan, Pihak Berkuasa Israel secara tiba-tiba telah membuka 'sekatan air' yang ditutup beberapa tahun. Lantas, mengakibatkan berpuluh buah rumah penduduk Palestin di kawasan yang berkenaan dilanda bah besar. Bagaimanapun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.
Kurdi menjelaskan, perlu dengan segera membebaskan sekatan daripada penduduk Palestin 'demi membina semula Gaza setelah dihancurkan oleh penjajah, begitu juga kesan tabiat alam yang berlaku.'
Selain Kurdi, beberapa lagi Menteri Palestin di Gaza meminta agar diberikan bantuan berhubung jenayah yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
Dr.Ahmad Bahr, Speaker Majlis Legislatif Palestin turut mengecam tindakan Israel yang membuka beberapa sekatan dan penghadang air pada malam Isnin di Wadi Gaza yang menyebabkan banjir serta dipindahkan penduduk.
Berhubung banjir yang melandar, dijelaskan petugas bantuan dan bomba bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam banjir. Menurut wakil petugas bomba, pihak penyelamat telah memindahkan 70 buah keluarga ke kawasan yang selamat. Sumber 19-20/01/2010, berita al-Jazeerah, web berita Al-Quds, web berita IslamToday, dan web berita addustour
Tiada ulasan:
Catat Ulasan