Sumber keamanan menyatakan, Pihak Berkuasa Mesir telah memberkas seorang penguatkuasa keamanan, Kerajaan Palestin Gaza.
Leftenan Muda, Ibrahim Abu Ma'ruf ditangkap ketika dalam perjalanan pulang dari Kaherah ke Gaza yang menemani bapanya menjalani rawatan. Dijelaskan, sebaik sahaja tiba di sempadan Rafah untuk memasuki Rafah Gaza, hanya bapanya sahaja dibenarkan melintasi sempadan dan memasuki tanah Palestin(Gaza).
Agensi berita menyatakan sumber dari wakil Kerajaan Palestin Gaza berkata, Pihak Berkuasa Mesir telah menahan Abu Ma'ruf dan tidak dibenarkan pulang ke Gaza bersama bapanya.
Sumber menyatakan, Pihak Keamanan Mesir telah meletakkan nama Abu Ma'ruf dalam 'senarai hitam' yang dikaitkan ketika kejadian peruntuhan tembok sempadan antara Gaza-Mesir.
Selain itu, sumber lain menyatakan tidak ada keterangan yang melaporkan penahanan Abu Ma'ruf dikaitkan dengan satu insiden yang menyebabkan kematian seorang tentera Mesir, Ahmad sya'ban akibat ditembak dari pihak Palestin.
Sementara itu, 'Lajnah Simpati bersama Aiman Naufal' telah mengecam keras dengan penahanan Abu Ma'ruf. Lajnah tersebut menyatakan, penahanan tersebut 'melanggar undang-undang'. Dalam masa yang sama, keluarga Abu Ma'ruf merayu Pihak Berkuasa Mesir agar membebaskan segera Abu Ma'ruf.
Memetik kenyataan dari sebuah Pusat Penerangan Palestin yang rapat dengan HAMAS, sumber dari Muhammad Ma'ruf berkata, saudaranya(Abu Ma'ruf 35 tahun) tidak ada sebarang tindakan yang melanggar keamanan Mesir, malah telah berkali-kali Abu Ma'ruf menemani bapanya membuat rawatan di Mesir.
Muhammad menjelaskan, Abu Ma'ruf tidak ada kaitan langsung dalam kejadian yang meletus antara Pasukan Keselamatan Mesir dengan penduduk Palestin di garisan sempadan Gaza-Mesir.
Abu Ma'ruf menemani bapanya ke Mesir pada 5 Januari lalu, iaitu sebelum berlakunya pergelutan di garisan sempadan Palestin-Mesir. Sumber 31/01/2010, suratkhabar Misril-Youm dan web berita al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan