Beberapa buah kampung Palestin di Tebing Barat telah dikawal tentera penjajah. Sumber menyatakan, pihak penjajah juga tidak membenarkan para wartawan, aktivis luar dan penduduk Israel dari mengikuti demontrasi menentang pembinaan tembok pemisah.
Sebagaimana dilaporkan, pada jam 2.10 petang(waktu Mesir) para penunjuk perasaan masih lagi mengadakan demontrasi membantah pembinaan tembok pemisah di Kampung Nabi Salleh. Mengikut apa yang dinyatakan, perarakan bantahan ini bermula selepas jumaat yang turut digerakkan di Kampung Bil'in (Arabic: بلعين) dan Ni'lin (Arabic: نعلين).
Perarakan bantahan bertukar kepada pertempuran apabila sepasukan tentera penjajah bertindak menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perarakan tersebut. Dinyatakan, tentera penjajah melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan mengakibatkan beberapa orang dari krew wartawan yang membuat liputan turut mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata.
Liputan di Allad pula pada jam 2.15 petang(waktu Mesir), beratus-ratus penduduk Arab di dalam kawasan 'garisan hijau' mengadakan tunjuk perasaan berikutan rancangan yang telah dinyatakan di pihak penjajah bahawa puluhan buah rumah milik Arab Palestin di Allad akan dirobohkan. Sumber 29/01/2010, berita al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan