25 Februari 2010

15 lagi didakwa terlibat dalam pembunuhan Mabhuh

Dalam siasatan berhubung pembunuhan Mohammad Abdul Rauf Al-Mabhuh, salah seorang pemimpin HAMAS yang juga merupakan pemimpin tertinggi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), polis Dubai menjelaskan 15 lagi individu terlibat dalam kes berkenaan.

Gambar di sebelah menunjukkan hubungan dan kaitan suspek-suspek dalam pembunuhan Mabhuh

Berikutan itu, Polis Dubai menyenaraikan nama terbaru membabitkan 15 individu mengikut pasport Negara-negara berkenaan; 6 Britain, 3 Ireland, 3 Perancis dan 3 Australia.

Sementara itu, Kerajaan Australia meminta Duta Israel di Australia untuk memberikan penjelasan mengenai 3 individu terbabit yang menggunakan pasport Australia dalam pembunuhan Mabhuh. Australia juga meminta kerjasama yang sepenuhnya dari Israel bagi mendedahkan penggunaan pasport Australia dalam kes ini.


Sumber klip di sini melalui berita al-Jazeerah

Bagi membantu siasatan tersebut, Polis Dubai telah menahan seorang lagi Palestin. Bagaimanapun, polis Dubai tidak mendedahkan identiti Palestin yang ditahan itu. Sumber 24-25/02/2010, berita al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan