Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon(gambar) mencurigai jawab balas dari pihak Israel dan Palestin berhubung penglibatan kedua belah pihak di dalam jenayah perang ketika Israel menyerang Gaza akhir 2008.
Ban Ki Moon berkata, beliau tidak dapat menetapkan sejauhmana kebenaran siasatan yang telah dibuat oleh Israel dan Palestin mengenai perang di Gaza. Jelas beliau lagi, tidak mungkin pihak yang berautoriti dapat mengambil sebarang ketetapan

_________________________________________________________
Berita al-Jazeera: Ban Ki Moon mencurigai kebenaran berhubung jawab balas Israel dan Palestin ke atas laporan Goldstone.
_________________________________________________________
Sumber menyatakan, Perhimpunan Agung PBB(UNGA) telah memberikan tempoh kepada kedua belah pihak; Palestin dan Israel sehingga hari jumaat bagi menjalankan siasatan sendiri(bebas) ke atas perang di Gaza.
Bencana perang
Sebagaimana yang dilaporkan, Ban Ki Moon telah menerima laporan siasatan dari Israel yang menafikan Israel melanggar undang-undang antarabangsa ketika melancarkan perang ke atas Gaza, bagaimanapun Israel mengakui "kesan bencana" disebabkan serangannya di kawasan yang dipenuhi penduduk.
Kerajaan Palestin di Gaza juga telah menyerahkan laporan siasatan(jawab balas) minggu lepas. Dinyatakan, jawab balas yang disampaikan kepada PBB turut disertakan jawapan setiap persoalan dan penjelasan berikutan Kerajaan Palestin di Gaza menerima berbagai persoalan dan pertanyaan.
Jelas wakil Kerajaan bahawa dalam jawab balas itu juga disertakan laporan yang telah diringkaskan dan dokumentasi bergambar mengenai jenayah perang Israel di Gaza. Sumber, 05/02/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan