
Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi(gambar) menyatakan kepada sebuah akhbar Israel bahawa dasar penempatan yang dibangunkan Israel adalah 'salah'.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemuramah sebuah akhbar Israel, 'Haaretz' menjelang lawatan rasminya ke Israel.
"Dasar penempatan yang dijalankan oleh Israel di tanah jajahannya sejak 1967 boleh menjadi penghalang kepada usaha perdamaian", ujar Berlusconi.
Dijadualkan, lawatan rasmi Berlusconi yang diiringi lapan menteri Itali akan tiba hari ini di Israel.
Sumber menjelaskan, lawatan rasmi itu selama 3 hari. Selain itu, Berlusconi juga akan memberikan ucapannya di Parlimen Knesset(Knesset (bahasa Ibrani: כנסת, bahasa Arab: الكنيست, harfiah Himpunan,) merupakan parlimenIsrael dan terletak di Baitulmaqdis). Sumber 01/02/2010, suratkhabar Shourouk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan