01 Februari 2010

Penjajah tangkap 6 Palestin di Tebing Barat, ceroboh Gaza

Pada jam 1 pagi tadi(waktu Jordan), pihak penjajah Israel menceroboh Tebing Barat dan menangkap 6 penduduk Palestin.

Memetik sebuah web berita Israel 'Yediot Ahronot' sumber dari pihak ketenteraan Israel bahawa sepasukan tentera penjajah telah menangkap 6 penduduk Palestin atas dakwaan "mereka dikehendaki". Dinyatakan, penduduk Palestin yang ditangkap itu adalah Ramallah dan Nablus.

Sumber tentera tidak menyatakan penduduk Palestin yang ditangkap menganggotai mana-mana Kumpulan Pembebasan Palestin. Kesemua yang ditangkap telah dibawa ke bahagian ketenteraan tertentu untuk siasatan.

Dinyatakan, pihak penjajah menjalankan operasi ketenteraan di Tebing Barat hampir sehari(semalam) dengan menceroboh kawasan yang diduduki Palestin. Pihak penjajah mendakwa operasi tersebut adalah bertujuan menjejaki para aktivis Palestin atas dakwaan "dikehendaki".

Sementara itu, pihak penjajah juga menceroboh timur Mukhayyam Buraij yang terletak di pertengahan Semenanjung Gaza.

Sumber Palestin menyatakan, sebanyak lima buah jentera perang Israel mengiringi 3 buah buldozer menceroboh sejauh 200 meter di timur Mukhayyam tersebut, malah tentera penjajah turut melepaskan tembakan secara rambang dan meratakan tanah pertanian di kawasan terbabit. Sumber 01/02/2010, web berita ad-Doustour

Tiada ulasan:

Catat Ulasan