25 Mac 2010

2 Palestin parah di Gaza, 4 Palestin ditangkap di Tebing Barat

Menurut sumber, seorang pekerja Palestin parah dalam satu kejadian tembakan dari pihak tentera penjajah yang sedang mengawal di sempadan Sufa, timur Rafah, Gaza. Dimaklumkan kejadian tersebut berlaku awal pagi tadi ketika sekumpulan pekerja Palestin yang berada di kawasan terbabit sedang mengumpul kepingan besi dan batu kecil yang dijadikan sebagai sumber rezeki.

Dr.Muawiyah Husnain, Pengerusi Bantuan Kecemasan di hospital-hospital Gaza menjelaskan kepada agensi berita bahawa seorang penduduk Palestin, iaitu Naji Abu Redah, 32 mengalami luka parah di bahagian belakang akibat ditembak tentera penjajah. Berikutan itu, serta-merta Naji dibawa ke hospital Gaza-Eropah.

Dr.Muawiyah menyifatkan keadaan Naji kritikal.

Sementara itu, kejadian lain pula dimaklumkan bahawa bot perang Israel melepaskan tembakan machine-gun dan senjata berat ke arah nelayan di utara Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan, Dr.Muawiyah mengesahkan kejadian tersebut berkata, 'seorang dari nelayan Palestin parah dalam kejadian itu dan keadaannya agak ringan.'

Kejadian tersebut berlaku di barat Beit Lahiya yang berada di utara Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat pula sebagaimana dilaporkan, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 4 penduduk Palestin awal pagi tadi. Di antara yang ditangkap adalah 3 Palestin yang mempunyai ikatan kekeluargaan.

Menurut sumber, operasi penangkapan itu berlaku di selatan Khalil dan mereka yang ditangkap telah dibawa ke kawasan yang tidak diketahui.

Sebagaimana dijelaskan, sebelum penangkapan, pihak penjajah menceroboh sebuah bandar kecil awal pagi tadi. Berikutan pencerobohan itu, pihak penjajah turut memecah masuk ke beberapa buah rumah dan melakukan pemeriksaan.

4 penduduk Palestin yang ditangkap, Hassan Muhammad Hassan Nasr, 32, dan 3 adik-beradik, Muhammad Yusof Abu Arqub, 18, Usamah, 31 dan Sami, 28. Sumber 25/03/2010, web berita maannews.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan