29 Mac 2010

Kesabaran yang memuncak dan perdebatan pada hari kedua


Amru Mousa, Pengerusi Liga Arab dalam sidang akhbar menyatakan kesabaran telah sampai ke kemuncak terhadap usaha perdamaian Palestin-Israel. Beliau turut mengingatkan, sekiranya tidak ada sebarang kemajuan dalam waktu terdekat, maka Liga Arab akan menumpukan kepada cadangan(inisiatif lain) bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.

Sokongan Arab kepada Palestin

Pemimpin-pemimpin Arab dalam persidangan tersebut telah memutuskan satu rancangan bagi menyokong Al-Quds secara berterusan. Rancangan itu memperuntukkan USD500 juta bagi tabung Al-Quds dan Al-Aqsa.

Pada hari kedua(28/03/2010, hari akhir), Persidangan Kemuncak menyaksikan perdebatan ucapan yang berlaku antara Presiden Syria, Bashar Asad dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(jawatan Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mengenai hubungan Negara-negara Arab terhadap gerakan-gerakan perjuangan Palestin(المقاومة الفلسطينية).

Sumber menjelaskan, Asad bertegas bahawa akan memberi sokongan sepenuhnya kepada gerakan pejuang Palestin.

Beliau mengiktibarkan bahawa gerakan pejuang Palestin adalah satu strategi bagi Arab dan Palestin.

Sementara itu, Mahmoud Abbas menyatakan secara pasti bahawa terlalu penting berpegang dengan usaha damai. Sumber 29/03/2010, web berita al-Jazeerah

(Berita penuh mengenai penutup Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab semalam belum dapat disiapkan secara sempurna. Berikutnya, di atas adalah sebahagian dari perbincangan dalam persidangan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan