10 Mac 2010

US kutuk projek pembinaan penempatan Israel

Senator kanan Amerika Syarikat(US), Joe Biden, mengutuk tindakan Israel yang mahu membina 1,600 unit perumahan baru di Timur al-Quds.

Gambar(web berita al-Jazeerah veri arab): Kiri, Senator kanan Amerika, Joe Biden dan kanan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel.

Beliau yang begitu mengambil berat hubungan rapat Amerika-Israel selepas pertemuan dengan Benjamin Netanyahu di al-Quds awal selasa kelmarin, turut memberikan jaminan kepada Netanyahu bahawa Washington mengambil berat(komitmen) terhadap keselamatan Israel khususnya berhubung isu nuklear Iran.

Biden yang baru tiba hari ini di Ramallah, Tebing Barat, berkata; "Dalam hal keselamatan Israel, tiada sempadan antara kami (Amerika dan Israel). Jadi, atas alasan yang sama, isu program nuklear Iran terletak di bawah tanggungjawab kami".

Netanyahu yang terharu dengan kebaikan Amerika itu telah memuji Presiden Barack Obama, di atas keprihatinan beliau untuk mengukuhkan lagi ikatan antara negara mereka.

Tetapi setelah Israel merancang untuk meneruskan projek pembinaan kediaman di Ramat Shlomo dan Tebing Barat, Biden telah mengutuk tindakan tersebut sebagaimana dalam kenyataan beliau; "Saya membantah keputusan kerajaan Israel itu. Lebih-lebih lagi ianya seiring dengan rundingan damai Israel-Palestin yang baru dirancang. Tidak salah jika saya katakan tindakan ini secara tepatnya hanya mengundang kegagalan terhadap matlamat keamanan yang kita sama-sama harapkan. Sepatutnya kita lakukan perkara-perkara yang boleh memudahkan usaha rundingan (Israel-Palestin) ini, bukannya makin menyukarkan." katanya setelah sejam setengah tiba untuk makan malam bersama Netanyahu.

Ban Ki-Moon, Setiausaha Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyokong kenyataan Biden yang menyelar perancangan Israel - menambah kawasan penempatan - dengan berkata "tindakan tersebut tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa". Sumber 10/03/2010, web berita al-Jazeerah(versi english)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan