Sumber dari Palestin dan saksi penduduk tempatan berkata, 16 buah kereta kebal dan 6 buah buldozer penjajah telah menceroboh sebuah kawasan di bandar kecil Qararah, Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
Sebaik sahaja pencerobohan ke Gaza, penjajah memulakan operasi meratakan tanah dan mengesan di kawasan pertanian. Malah, ketika operasi itu berjalan, penjajah turut melepaskan tembakan secara putus-putus. Bagaimanapun tidak ada laporan yang mengatakan wujud sebarang kecederaan mahupun luka parah dalam pencerobohan itu. Sumber 01/04/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan