04 April 2010

Pejuang tetap balas serangan Israel

GAZA - Empat kumpulan(gerakan) pembebasan Palestin terbesar telah bersepakat bagi mengukuhkan lagi penyelarasan bersama guna menghadapi setiap ancaman dan serangan Israel.

Persepakatan yang dicapai semalam dalam perjumpaan antara gerakan-gerakan pembebasan Palestin(حماس حركة الجهاد الإسلامي والجبهتان الشعبية والديمقراطية لتحرير فلسطين) di Gaza, kecuali gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني) yang tidak hadir.

Aiman Taha, salah seorang pemimpin HAMAS dalam kenyataan akhbar berkata, pertemuan tersebut membincangkan:

1. Kedudukan dalaman Palestin
2. Pembaikan(pemulihan) Palestin
3. Peningkatan serangan Israel di Semenanjung Gaza serta ancaman terkini, dan
4. Setiap perkara berkenaan yang berkaitan dengan kepentingan Palestin.

Beliau menegaskan bahawa, 'penentangan(المقاومة) adalah hak yang wajib bagi penduduk Palestin malah penentangan adalah tindakan strategi yang siapa pun tidak mempertikaikannya selagimana Israel terus menyerang'. Beliau turut membantah memberi sebarang ulasan berhubung jika gerakannya(HAMAS) meminta kesemua kumpulan pejuang menghentikan serangan roket ke Israel.

Dari pihak JIHAD ISLAMI, salah seorang pemimpinnya, Khalid Al-Battash mempastikan lagi bahawa kumpulan-kumpulan pejuang berhak menggunakan apa jua bentuk serangan bagi membalas tentangan musuh dari Israel.

Al-Battash turut menafi dalam pertemuan tersebut bahawa ada perbincangan yang mencari persetujuan bagi menghentikan serangan roket ke selatan Israel. Berikutan itu, gerakan dan kumpulan pembebasan Palestin tetap meraikan kepentingan penduduk Palestin selagi tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan dan penentangan.

Beliau juga mengakui bahawa terlalu penting menyelesaikan konflik yang berlaku antara Palestin-Palestin serta membentuk sebuah gerakan yang bersifat republik yang disertai semua kumpulan dan gerakan pembebasan Palestin. Jelas beliau, mekanisme sebegini adalah untuk berhadapan dengan pembinaan tembok pemisah, penyahudian Al-Quds dan membantu menyelesaikan isu tahanan penduduk Palestin.

Berhubung dengan penentangan, salah seorang anggota lajnah pusat, Pertahanan Demokrasi(جبهة الديمقراطية), Salleh Naseer menyatakan pertemuan ini adalah bagi mempastikan lagi hak Palestin dalam menggerakan penentangan ketika jenayah penjajah yang berterusan malah amat perlu kepada penyelarasan yang padu antara kuasa-kuasa(benteng) pejuang Palestin.

Pada Jumaat lalu, Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza menjelaskan gerakan HAMAS sentiasa menghubungi kumpulan dan gerakan pembebasan Palestin yang lain untuk membincangkan tentang kedudukan di Gaza setelah Israel menggiatkan serangan. Sumber 04/04/2010, web berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan