"Bayar 1 Shekel, anda akan memiliki hartanah Arab di Kota Lama",
"Bayar 1 Shekel..bantu bina kuil",
"1 Shekel, anda ke syurga"
Menurut sebuah web berita 'Al-Kauthar', Israel telah meletakkan kotak-kotak yang tertulis slogan seperti di atas di pintu-pintu masuk ke bandar Al-Quds, semalam.
Slogan-slogan yang dicipta Israel itu adalah untuk meminta sumbangan bagi pembinaan sebuah kuil(haikal).
Berhubung tindakan itu, Hasan Khatir, Pengerusi Umum bagi agensi penyiaran Al-Kauthar mengingatkan selepas pembukaan sebuah gereja Kharrab, keadaan di Al-Quds semakin bahaya.
Khatir turut mengesahkan bahawa langkah dan tindakan Israel begitu cepat yang bertujuan untuk pengyahudian di Kota Lama malah mahu memadam ciri-ciri khusus yang melambang Islam dan keAraban di tanah-tanah yang dijajah zionis. Seterusnya dinyatakan, zionis akan menzahirkan dongengan celupan Yahudi di kawasan terbabit dengan alasan yang sengaja direka.
Selain itu, Khatir menyatakan selepas pembukaan gereja Kharrab timbulnya aktiviti yang amat membimbangkan di dalam bandar suci itu kerana kawasan terbabit menjadi pengkalan terbesar bagi golongan pelampau Yahudi menyemai semangat untuk melakukan permusuhan, terutamanya ke atas Masjid Al-Aqsa dan bandar Al-Quds.
Tambahan pula, Pihak Berkuasa Penjajah turut menamakan bandar-bandar dan kawasan-kawasan suci dengan bahasa hebrew(ibrani) malahan juga diberikan nama-nama jalan dan kawsan-kawasan suci yang lain di Kota Lama, Al-Quds dengan nama yang berunsurkan zionis-yahudi.
Berikutan tindakan zionis itu, telah membangkitkan gelombang kemarahan dikalangan penduduk asal Al-Quds(penduduk Palestin) malah dalam masa yang sama kedudukan bandar Al-Quds juga tegang berikutan pelaksanaan keselamatan yang begitu ketat.
Dari sumber yang sama menjelaskan, penjajah juga menamakan Masjid Al-Aqsa dengan nama "haram el-sharif" yang bertujuan menimbulkan kekeliruan kerana 'haramain' di dalam agama Islam yang disepakati ulamak adalah Mekah dan Madinah sahaja.
Tindakan zionis sebagaimana yang dinyatakan ini adalah untuk menguasai sebahagian dari Masjid Al-Aqsa dengan mendakwa Al-Aqsa adalah bahagian yang lain bukannya ditentukan ke atas masjid itu, menurut Al-Kauthar. Sumber 07/04/2010, suratkhabar Misril-Youm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan