Menurut HAMAS, Negara Qatar sedang berusaha bagi membebaskan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza malah Qatar menggerakkan lagi usahanya agar pemulihan dalaman Palestin tercapai.
Jurucakap HAMAS, Ismail Ridhwan berkata, Amir Qatar Sheikh Hamad Bin Khalifah II menyampaikan tindakan yang telah dilakukannya itu kepada delegasi HAMAS yang mengadakan lawatan ke Qatar baru-baru ini.
Delegasi HAMAS dalam lawatannya ke Qatar turut membincangkan mengenai isu dan permasalahan dalaman Palestin. Ketika lawatan delegasi HAMAS, Amir Qatar memaklumkan bahawa Qatar sedang berusaha membebaskan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza dengan bentuk tindakan.
Sebagaimana yang dinyatakan kepada agensi berita(Al-Jazeerah), bentuk tindakan bagi membebaskan Gaza dari sekatan Israel adalah menilai semula perjanjian sempadan dari sudut perundangan serta berusaha mencari peruntukan undang-undang bagi membenarkan sempadan Rafah dibuka. Malah dapat menjaga kemuliaan penduduk Palestin. Jurucakap HAMAS juga membantah beberapa perjanjian yang ditandatangani antara Pihak Berkuasa Palestin Ramallah dengan zionis dan meminta supaya dirombak.
Rentetan itu, Amir Qatar menyatakan usaha-usaha yang dijalankan menuju ke arah itu.
Ridhwan juga mengungkapkan harapannya agar Gaza dibebaskan dari sekatan dengan mekanisme yang berupa tindakan. Tambahan pula, laporan Goldstone mengungkapkan sekatan ke atas Gaza adalah jenayah perang.
Mengenai isu pemulihan dalaman Palestin dan Al-Quds, Ismail Ridhwan menyatakan Qatar yang juga merupakan anggota dalam Panitia Arab yang berlangsung ketika Persidangan Kemuncak Arab di Sirt, Libya bulan lalu telah bergerak bagi menjayakan isu-isu berkenaan. Bagaimanapun Ridhwan menafikan dengan peranan Qatar ini telah menukar peranan Mesir.
Beliau menjelaskan lagi, bahawa dengan peranan Qatar juga boleh mendapatkan gambaran mekanisme yang boleh diterima semua pihak agar permuafakatan ini tercapai, tetapi yang lebih penting masa ini penghalang tercapainya permuafakatan antara HAMAS dengan FATAH adalah 'veto Amerika dan Israel'.
Jelas beliau lagi, pentadbiran Amerika mahu permuafakatan antara HAMAS dan FATAH mestilah mengikut syarat-syaratnya. Sedemikian itu, dalam kunjungan-kunjungan rasmi ke luar, Menteri Luar Amerika, Hillary Clinton dan utusan Amerika di Timur Tengah, George Mitchell sering menyebut tentang syarat-syarat ini. Sumber 10/04/2010, web berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan