
Sumber karikatur, 26/05/2010 web berita (albayan)
Adakah Arab sahaja yang di'perboleh'kan menyelamatkan Gaza ketika mereka dilanda kesengsaraan? Adakah Arab sahaja yang berhak menyayangi Gaza? Adakah Gaza hanya boleh di'pergantung'kan kepada Arab?
Kini, Turki tiba dengan peranannya bagi mengembalikan semula peranan Empayar Uthmaniyyah yang telah di'sembam'kan pada 1924, lalu lemas dan tenggelam. Bagaimanapun, ruh Islam masih ada dan bekas itu kembali menempel di dalam jiwa-jiwa umat Islam yang masih berpegang kuat dan beriman sepenuhnya kepada Allah Ta'ala. Lantas, jiwa-jiwa itu timbul di permukaan dan mula bernafas. Mereka bangkit dengan keberanian.
Nuklear Iran, ketidakstabilan keamanan Timur tengah dan ekonomi..Turki terus mengambil tempat serta mempamerkan rentaknya, malah dalam sektor kebudayaan dan pendidikan, Turki tidak segan-silu mengagungkan bahasa arab meskipun lidah terbelit atau tergeliat tika menuturkan bahasa syurga, namun hasilnya ada kesan yang baik. Tujuan minda dan tulisan MAP bukan mencetuskan 'provokasi', 'kontroversi' atau 'hasutan' tetapi tidak sanggup melihat isu-isu yang berkait dengan sekatan, keganasan Israel, janji-janji manis US dan sekutunya dan apa jua isu lain menjadi perbahasan serta perbincangan yang hanya bercakap tetapi tiada tindakan tegas, lalu basi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan