21 Mei 2010

Pejuang Palestin bertempur dengan tentera penjajah

Terkini(2.45 petang/Mesir. 7.45 malam/Malaysia): Sumber dari web berita maannews.net melaporkan pertempuran sengit telah meletus antara pejuang Palestin dengan tentera penjajah di timur Khan Yunus, Semenanjung Gaza. Sumber 21/05/2010, web berita maannews.net


[Berita Penuh] Israel umum dua pejuang syahid dalam pertempuran, seorang tentera Israel parah

GAZA - Satu pertempuran bersenjata meletus pada waktu tengahari tadi antara pejuang Palestin dengan tentera penjajah(Israel) di kawasan Kissufim, timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Polis Gaza menjelaskan kepada agensi berita(melalui telefon), berkata 'pertempuran sengit telah meletus di kawasan terbabit dan ada berita yang mengatakan dua orang telah syahid di kawasan tempat berlakunya pertempuran'.

Gambar(arkib AFP): Pejuang Palestin sedang menjalankan latihan perang di Khan Yunus.

Bagaimanapun sumber dari Israel mengumumkan terlebih dahulu berkaitan 2 pejuang Palestin yang syahid berhampiran garisan sempadan Gaza-Israel.

Sumber dari Israel melaporkan, pertempuran itu berlaku selepas waktu jumaat di kawasan garisan sempadan yang berdekatan dengan bandar Khan Yunus, iaitu hampir dengan bandar kecil Nerem. Sumber itu menyatakan, pertempuran itu meletus antara sekumpulan pejuang Palestin dengan tentera Israel mengakibatkan 2 pejuang syahid.

Dari sumber Israel menceritakan, punca meletus pertempuran ketika 2 pemuda Palestin(pejuang) yang cuba menghampiri garisan sempadan. Serta-merta tentera Israel melepaskan tembakan ke arah dua pemuda itu lalu berbalas tembakan. Sumber Israel juga menyatakan tidak ada sebarang luka parah di pihak tentera Israel.

Sementara itu, sumber dari Gaza pula melaporkan pertempuran itu memang berlaku di kawasan terbabit. Bagaimanapun, dari sumber perubatan tidak lagi menerima jenazah Palestin kerana pasukan bantuan cemas tidak dapat menghampiri kawasan yang berlaku pertempuran itu malah memerlukan penyelarasan dengan pihak Israel untuk menuntut jenazah.

Sumber dari berita ma'an telah melaporkan, sebuah kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) telah mengumumkan pihaknya yang bertanggungjawab menghadang pencerobohan sebuah unit tentera Israel selepas jumaat.

Dalam keterangan yang disampaikan kepada agensi berita menyatakan, salah satu unit dari SARAYA AL-QUDS telah menghadang satu unit tentera Israel yang menceroboh timur Gaza di kawasan Al-Farahain pada jam 1.40 petang.

Memetik dari laman rasmi SARAYA AL-QUDS, dalam pertempuran itu mengakibatkan 2 pejuang syahid sebagaimana yang dinyatakan oleh sumber perubatan Palestin. Menurut Dr. Muawiyah Husnain, Pengerusi Bantuan Cemas di hospital Shifa' berkata, bulan sabit merah telah menghubungi pihak Israel mengenai 2 pejuang yang syahid, bagaimana disahkan lagi bahawa terdapat 3 penduduk Palestin parah akibat tembakan machine-gun dari helikopter Apache Israel di kawasan berkenaan.

Saksi kejadian berkata, tentera-tentera penjajah yang berpengkalan sementara di garisan sempadan telah melepaskan tembakan secara rambang. Bagaimanapun tiada laporan mengenai luka parah.

Gambar(arkib): Pejuang Palestin dari
kumpulan SARAYA AL-QUDS.

Jelas saksi lagi, setelah pertempuran berakhir antara pejuang Palestin dengan sebuah unit khas tentera Israel, kelihatan beberapa jentera perang Israel dan jentolak pula menceroboh kawasan itu.

Saksi terbabit menjelaskan lagi, bahawa kereta kebal Israel melepaskan beberapa bedilan ke arah pejuang Palestin dan tanah Palestin.

Maklumat terkini dari laman rasmi SARAYA AL-QUDS memaklumkan bahawa penjajah mengakui seorang tenteranya parah selepas bertempur dengan pejuang. Tentera Israel yang parah itu telah di bawa ke hospital Suruka di Beer Sheba.

Dinyatakan, tentera Israel parah akibat menjadi sasaran penembak tepat dari sebuah kumpulan pejuang Palestin yang lain, iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang telah mengakui melalui kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita. Sumber 21/05/2010, web berita maannews.net, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah dan laman rasmi SARAYA AL-QUDS(akhir kemaskini pada jam 2.45 pagi/Mesir, 22/05/2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan