03 Mei 2010

Pertemuan tertutup antara Mubarak dan Netanyahu selesai

BET LEHEM - Pertemuan yang berlangsung antara Presiden Mesir, Housni Mubarak dan Benjamin Netanyahu, Predana Menteri Israel telah selesai hari ini di Sharm El-Sheikh.

Gambar: Netanyahu and Mubarak in Sharm el-Sheik (Photo: Moshe Milner, GPO). Sumber ynetnews.com.

Menurut laporan dari web berita Yediot Ahronot 'Israel'(hebrew), pertemuan tersebut berlangsung selama sejam 30 minit yang membincangkan lagi tentang rundingan damai secara tidak langsung. Dinyatakan lagi, secara peribadi, Netanyahu berkata akan mengetuai rundingan dengan pihak Palestin.

Dalam pertemuan tertutup itu, Netanyahu dan Mubarak turut membincangkan isu dan permasalahan yang mengkhususkan Israel dan Mesir.

Isu lain yang diperbincangkan bersama adalah mengenai senjata nuklear di Timur Tengah.

Sementara itu, Nir Hefetz, jurucakap media kepada ketua Kerajaan Israel mengisyaratkan pertemuan yang berlangsung 'positif' dan 'membina'.

Lapor web itu lagi, ketika Mubarak dan Netanyahu mengadakan pertemuan, Menteri Israel(Perdagangan dan Tenaga kerja)Binyamin Ben-Eliezer serta Uzi Arad(Keselamatan Negara) pula mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul-Gheit serta Wazir Omar Sulaiman(Ketua Bahagian Perisikan Mesir) juga membincangkan berkenaan 'rundingan' malah hal-hal yang berkait dengan Mesir-Israel.

Netanyahu dijadualkan berlepas pulang ke Israel selepas tengahari ini. Sumber 03/05/2010, web berita maannews.net, berita Al-Jazeerah dan web berita 'Yediot Ahronot'(ynetnews.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan