19 Jun 2010

3 petani Gaza parah di timur Bet Hanoun

GAZA - Sumber dari agensi berita melaporkan 3 petani Palestin mengalami luka parah kesan daripada pengeboman tentera penjajah pagi tadi. Kejadian tersebut berlaku di kawasan pertanian timur Bet Hanoun, Gaza.

Pengerusi Bantuan Cemas, Dr.Muawiyah Husnain menjelaskan kepada agensi berita bahawa, '3 orang petani yang mengalami luka parah akibat terkena serpihan letupan dari tembakan artileri penjajah telah dibawa ke hospital Kamal Udwan di utara Gaza.' Sumber 19/06/2010, web berita safa.ps
_______________________________________

Berita lain(ringkas):

:: Turki ::

> 8 tentera Turki maut, manakala 14 lagi cedera dalam satu serangan yang dilakukan pemberontak Kurdis di pos kawalan tentera Turki yang terletak di bahagian tenggara Negara Turki.

Selepas serangan tersebut, tentera Turki membalas dengan mengebom kawasan Kurdis.

[arkib maklumat MAP] Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan pernah menimbulkan kesangsian dengan serangan pemberontak Kurdis. Beliau mengungkapkan serangan yang semakin kerap ini ada hubungan dengan pihak luar.

:: Pakistan ::

> 14 orang maut dalam satu kejadian pengeboman yang dipercayai dilakukan oleh pesawat Amerika di Waziristan, Pakistan.

[arkib maklumat MAP] Serangan sebegini terlalu kerap berlaku. Berita Al-Jazeerah melaporkan, pesawat Amerika tanpa pemandu yang sentiasa menggugurkan bom di Waziristan.

Sumber 19/06/2010, berita ringkas Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan