
Komuniti yang terdiri daripada Majlis Pekerja Amerika di bandar San Francisco, California telah mengadakan satu tunjuk perasaan yang disertai aktivis-aktivis dan komuniti penduduk Palestin dan Arab berhampiran pelabuhan Oakland.
Gambar(Al-Jazeerah): Sebahagian dari penunjuk perasaan.
Beratus-ratus penunjuk perasaan memenuhi di pelabuhan tersebut dengan membawa sepanduk, kain rentang yang mendesak supaya hentikan urusan perniagaan dengan Negara Penjajah. Malah, desakan kepada para pekerja pelabuhan agar tidak memunggah barang-barang kargo dari kapal perniagaan Israel dari Syarikat Zeim.
Para penunjuk perasaan turut menyeru supaya memboikot Israel dan membatalkan sebarang pelaburan serta mengenakan hukuman ke atas Israel. Sumber 21/06/2010, web berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan