
Sumber peta, google map. Kedudukan Kissufim Israel di nombor 50 warna biru, dan bulatan kecil berwarna oren adalah sempadan atau perlintasan(laluan) yang menghubungi antara Gaza-Israel. Laluan inilah yang dimaksudkan dalam laporan berita di bawah. Penanda lain, iaitu bulatan besar berwarna merah pula adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang tidak beroperasi dan musnah teruk akibat dibom secara kerap oleh penjajah.
RAFAH - Utusan Khas Kuartet Timur Tengah(sebelum ni disebut Quartet empat), Tony Blair mengadakan tinjauan ke sempadan(perlintasan) Karem Abu Salem untuk meneliti dari dekat kerja-kerja membawa masuk sebahagian barangan ke Gaza.
____________________________________________________
Fakta:
Kuartet Timur Tengah
Kuartet Timur Tengah dianggotai sekumpulan pihak; PBB(UN), Kesatuan Eropah(EU), Rusia dan Amerika Syarikat(US). Manakala utusan khas adalah Tony Blair. Peranan kuartet ini adalah untuk mengendalikan penyelesaian konflik Israel-Palestin.
Karem Abu Salem
Salah satu laluan masuk ke Gaza yang bersempadan dengan tanah Palestin yang dijajah pada tahun 1948, Israel.
Laluan ini hanya dikhususkan untuk membawa masuk bantuan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.
Sekatan ke atas Gaza
Sebelum Gaza dikenakan sekatan, 4000 kategori jenis dibawa masuk ke Gaza. Namun, setelah Israel mengenakan sekatan, hanya 130 kategori jenis barang dibenarkan masuk ke Gaza. Kemudian, setelah tekanan kuat dikenakan ke atas Israel ekoran dari serangan berdarah yang dilancarkan terhadap armada pembebasan, maka Israel meningkatkan kategori jenis barang ke 150.
____________________________________________________
Memetik kata-kata Blair dari radio penjajah, iaitu 'dalam tempoh dua minggu lagi, Blair mahu Israel meningkatkan lagi usaha melonggarkan sekatan terhadap Gaza.'
Blair berharap agar berikan penghormatan dan harapan kepada penduduk Gaza. Tambah Blair, usaha persamaan secara aman perlu diadakan semula antara Israel dengan penduduk Palestin.
Sejak akhir-akhir ini, Kerajaan Penjajah telah menetapkan kemasukan barang-barang yang baru ke Gaza, namun sekatan masih dikekalkan sejak empat tahun yang lalu dengan tidak membenarkan kemasukan bahan-bahan binaan.
Sebagaimana yang ditetapkan, Kerajaan Penjajah akan mengeluarkan senarai bahan-bahan yang dilarang bawa masuk ke Gaza kerana didakwa gerakan-gerakan penentangan telah membawa masuknya ke Gaza untuk memproses persenjataan; peledak dan roket. Sumber 22/06/2010, web berita safa.ps
____________________________________________________
Arkib maklumat MAP:
Laporan berita Al-Jazeerah semalam (18 Mei) membongkar sikap Bush dan Blair yang tidak ada rasa tanggungjawab dengan pencerobohan rejim Israel ke Gaza. Bush dan Blair hanya mampu mengatakan 'bimbang' dengan kekacauan yang berlaku di Ghaza. Apa yang mereka bimbang sebenarnya? Mereka ada kuasa untuk menghalang Israel dari terus mengganas, tetapi kenapa tiada tindakan untuk menghalang?
Mungkin kebimbangan yang Bush dan Blair rasai, bagaimana sekiranya Israel tidak mampu bertindak dengan bebas dan kejam merampas segala kepentingan di Palestin untuk mereka. Ataupun bagaimana pula jika Kerajaan Campuran yang diketuai HAMAS berjaya menggagalkan usaha dan perancangan Israel.
Blair pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Israel yang menggiatkan serangan ke atas Gaza pada waktu itu adalah untuk mempertahankan diri sama seperti kenyataan George Bush(son), bekas Presiden US.
Blair juga menyalahkan penduduk Palestin kerana silap pilih Kerajaan. Ketika itu, Blair mengisyaratkan Kerajaan yang dimaksudkan adalah Kerajaan yang diketuai HAMAS setelah memenangi pilihanraya Palestin pada 2006.
Petikan artikel di atas adalah arkib maklumat MAP pada 20 Mei 2007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan